Pengorbanan Seorang Abang Dan Kakak Ipar


Pengorbanan Seorang Abang Dan Kakak Ipar


MarhaenMY - Muhammad Hairril Asren Bin Mohd Hairry
Kajang, Selangor
Published: Sep 05, 2022
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
158
Penyumbang
2,818
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Hubungan Raja Aniatikah Raja Ahmad Terjudin dan Muhammad Hairril Ashraff Mohd Hairry hanya sekadar kakak dan adik ipar. Bagaimanapun, Raja Aniatikah atau mesra disapa Nia, 26, sanggup berhenti kerja bagi menjaga dan menguruskan Muhammad Hairill Ashraff, 18, yang kini terlantar selepas terbabit dalam kemalangan pada 28 Jun lalu. Muhammad Hairill Ashraff parah di kepala dan tangan akibat kemalangan ketika pemuda itu dalam perjalanan pulang ke rumah. Dua minggu Muhammad Hairill Ashraf koma di wad dan tiada apa dapat dilakukannya selepas pulang dari hospital melainkan terbaring di katil, malah lehernya terpaksa ditebuk untuk pernafasan manakala minum susu pula melalui tiub pada hidung. Berkongsi pengalaman menjaga adik iparnya itu, Nia berkata, dia tidak berseorangan sebaliknya dibantu suami, Muhammad Hairril Asren Mohd Hairry, 25.

 

 

Bagaimanapun, Nia yang tiada pengalaman menjaga ahli keluarga sakit, pada mulanya agak kekok untuk membiasakan diri. "Sebelum ini, saya bekerja sebagai kerani namun ambil keputusan berhenti untuk bantu suami menjaga adik. "Kini, 24 jam saya di rumah dengan adik di samping memasak dan menguruskan kerja rumah. "Ikutkan tiada pengalaman malah apabila doktor minta sedut kahak (adik) agak terduduk juga tetapi saya cuba dan Alhamdulillah dapat lakukannya cuma tetap perlukan bantuan suami kerana tidak larat untuk uruskan sendiri, " katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Taman Desa Damai, Sungai Merab, di sini, hari ini. Menurut Nia, dia ada berkongsi kisah adik iparnya itu di TikTok dan bersyukur kerana ramai yang mendoakan walaupun tidak mengenalinya.

 

 

Lebih membuatkan Nia terharu apabila jiran sekeliling turut prihatin malah ramai menyumbang barangan keperluan termasuk susu formula dan lampin pakai buang. "Alhamdulillah, rezeki adik tidak pernah putus sejak awal dia sakit hingga kini. "Mungkin juga kerana dia orang yang baik malah sebelum terlantar, adik sangat menjaga solat lima waktu selain lakukan solat sunat. "Terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan mendoakan cuma ada juga netizen di TikTok mengatakan saya gunakan adik sebagai modal meraih simpati ,hakikatnya saya juga suami tidak suka meminta-minta cuma ramai mahu menyumbang ," katanya. Sementara itu, Muhammad Hairril Asren berkata, dia bekerja sebagai penjaga stor dan mengambil cuti tanpa gaji sejak lebih dua bulan lalu demi menjaga Muhammad Hairril Ashraff iaitu satu-satunya adik beradik kandungnya.

 

 

Katanya, selain wang simpanan, dia bersyukur kerana mendapat bantuan keluarga dan jiran sekeliling yang prihatin dengan nasib menimpa adiknya. "Sejak hari kejadian hingga sekarang saya tidak bekerja namun majikan ada beri gaji pada awalnya selain sumbangan duit rawatan buat adik. "Saya perlu ambil tanggungjawab jaga adik kerana emak dan ayah sudah meninggal dunia jadi kami tiada siapa melainkan satu sama lain kerana saudara mara jauh. "Rutin harian saya adalah menguruskannya termasuk memberinya minum susu formula dan setiap bulan, perlu memerlukan 14 tin susu yang setiap satunya berharga RM98. "Menurut doktor, adik memang boleh sembuh dan tiada risiko lumpuh jadi itu beri harapan kepada saya. Disebabkan itu, saya ikhtiar dengan memanggil jurufisioterapi datang ke rumah selain berborak dengannya untuk bantu pulihkan ingatannya. "Sebagai abang, saya tentunya nak dia (adik) sembuh macam dulu dan berdikari, cukup dengan boleh pergi tandas, makan serta urus diri sendiri," katanya yang sudah memohon bantuan zakat untuk adiknya dan sedang menunggu kelulusan.

 

Kredit : Penulisan Metro 

Read More



Updates




Update 19 / 10 / 2022

Kami masih lagi memerlukan bantuan. Keadaan hairril masih lagi terbaring atas katil. Tapi respon dia semakin baik. Dah boleh bercakap, dah boleh makan sikit ². Cuma untuk sebelah kanan kaki dan tangan masih tak berapa boleh lagi sebab dia ada kecederaan pada otak belah kiri. Dari segi barangan dah mencukupi. Cumanya dari segi kewangan sahaja sebab saya tak bekerja atas sebab menjaga dia sepenuh masa lagi ini. Saya merupakan abang Hairi. Sekarang sumber kewangan hanya dari isteri saya yang jual jual barang online sahaja.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nisa  RM10.00
Top Contribution
Ih  RM150.00
First Contribution
Maz  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

158

Penyumbang

2,818

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nisa  RM10.00
Top Contribution
Ih  RM150.00
First Contribution
Maz  RM20.00