Kanak-Kanak Menderita Sakit Buah Pinggang


Kanak-Kanak Menderita Sakit Buah Pinggang


MarhaenMY - Mat Zaid Bin Adam
Tumpat, Kelantan
Published: Sep 05, 2022
100%
RM 3,550.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
355.0
Lot Telah Terbeli
149
Penyumbang
2,045
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

"Bila Aleeya boleh pergi sekolah dan belajar macam kawan-kawan yang lain," itu yang sering dituturkan Noor Aleeya Syahliana Mat Zaid, 9, kepada ibunya Che Fatimah Sulaiman, 39. Menurut bapanya, Mat Zaid Adam, 46, anak ketiga daripada empat beradik itu terpaksa melupakan alam persekolahan selain tidak bebas melakukan aktiviti seharian berikutan penyakit buah pinggang kronik yang dihidapi sejak tiga tahun lalu dan kini perlu menjalani rawatan dialisis seumur hidupnya selepas kedua-dua buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Lebih menyedihkan lagi, penyakit yang dideritainya itu juga menyebabkan Noor Aleeya Syahliana tidak lagi mampu berdiri dan berjalan dalam tempoh lama selain berat badannya semakin susut serta kedua-dua matanya menjadi kabur. Mat Zaid berkata, anaknya itu disahkan mengalami masalah buah pinggang ketika berusia tujuh tahun dan sehingga kini perlu menjalani rawatan hemodialisis air atau Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di rumah. Menurutnya, semua kelengkapan untuk rawatan itu dibekalkan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. "Bagi mendapatkan dialisis yang mencukupi, Aleeya perlu menjalani rawatan CAPD empat kali sehari, di mana cecair dialisis dibiarkan di dalam rongga peritoneal selama empat hingga enam jam dan dikeluarkan daripada abdomen serta diganti dengan cecair dialisis baru.

 

"Kebiasaannya, setiap pertukaran ia mengambil masa selama 45 minit dan isteri akan menyediakan segala kelengkapan untuk rawatan CAPD di dalam sebuah bilik yang kini diibaratkan seperti klinik ," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sri Tujuh di sini. Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) diketuai Ketua Unit Media dan Komunikasinya, Akidi Hamid. Dalam kunjungan itu, Akidi turut menyerahkan sumbangan wang tunai, susu, dan lampin pakai buang bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga berkenaan. Menceritakan nasib anaknya itu, Mat Zaid berkata, anaknya itu sering mengalami demam berpanjangan selain mukanya juga pucat sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.

 

"Pada peringkat awal, doktor hanya memberitahu Aleeya demam disebabkan jangkitan kuman dan selepas dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian barulah mengesahkannya mengalami buah pinggang. "Bagaimanapun, ujian tidak terhenti di situ apabila pada awal Januari tahun lalu, Aleeya terpaksa menjalani pembedahan membuang darah beku dalam kepala disebabkan tekanan darahnya terlalu tinggi dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM selama seminggu," katanya. Menurutnya, dia hanya bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan kira-kira RM900 sebulan untuk menyara keluarganya dan pada masa sama perlu menanggung tiga lagi anak berusia antara lima hingga 16 tahun selain sewa rumah RM350 sebulan.

 

"Bagi keperluan Aleeya, saya perlu belanjakan lebih RM1,000 sebulan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta peralatan untuk rawatan CAPD seperti tisu dan pencuci tangan selain kos ke hospital. "Mujurlah Aleeya mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang sedikit-sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung," katanya. Mat Zaid berkata, dia dan isteri reda menerima ujian yang menimpa anaknya itu dan tidak pernah putus berdoa supaya Aleeya terus kuat dan tabah. Kredit : Penulisan Metro 

Read More



Updates




Update 5 / 10 / 2022

Alhamdulillah sihat dah sikit. Berkat doa orang ramai terhadap anak saya amin. Dalam sebulan anak saya ada checkup dengan hospital dan tak tentu berapa kali. Kadang2 ambil ubat, air CAPD, ubat cucuk tambah darah, ambil darah dan jumpa doktor cuma doktor 2 bulan sekali. Sekarang kami cuma ada tunggakan bil eletrik RM800 ratus dan rumah sewa 3 bulan tak dapat bayar. Rumah sewa tertunggak masa PKP dan anak saya masuk wad saya ulang alik pergi hospital dan bulan RM350. Kadang dia pergi sekolah dan rawatan tetap ada setiap bulan. Macam tu kadang2 ada, kalau ada duit pergi buat rawatan kalau tak ada tak pergi tundalah. Saya kerja mekanik kampung sahaja. Sebulan RM900 sahaja gaji.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ih  RM348.00
Top Contribution
Ih  RM348.00
First Contribution
Nadia  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

355.0

Lot Telah Terbeli

149

Penyumbang

2,045

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ih  RM348.00
Top Contribution
Ih  RM348.00
First Contribution
Nadia  RM10.00