Harapan pasangan suami isteri untuk melihat anak mereka bergelar atlet skuasy negara musnah apabila pemuda itu kini menderita penyakit dalam perut dan angin pasang hingga membataskan pergerakannya untuk mencari rezeki bagi membantu keluarga. Faris Danial Mohd. Amir Raja, 28, berkata, keadaan bertambah parah apabila ibu bapanya turut sakit hingga mereka pernah terputus bekalan makanan baru-baru ini. “Saya mengalami penyakit antral gastrisis, gerd dan angin pasang tahap dua pada November tahun lalu yang menyebabkan saya sering semput, lemah badan dan mudah pitam selain sukar bekerja.
“Sebelum ini saya cuba berniaga tetapi tak larat hendak buat kerana semakin lemah dan berat badan hanya tinggal 45 kilogram,” katanya ketika ditemui di Taman Warisan Puteri di sini semalam. Faris Danial yang pernah bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan mewakili negara dalam sukan skuasy ke luar negara 10 tahun lalu memberitahu, dia tidak boleh makan sebarangan kerana perutnya akan sakit seperti dihiris pisau. “Saya hanya boleh makan makanan yang direbus. Wang simpanan telah habis dan meminta simpati saudara dan rakan-rakan.
“Ayah, Mohd. Amir Raja Abdullah, 58, menghidap darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung, manakala ibu, Nor Laila Hassan, 58, pula ada sakit tiroid,” katanya yang memerlukan RM26,000 untuk menjalani pembedahan. Ujar Faris Danial, bapanya bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji RM25 sehari.
Kredit : Penulisan Kosmo
Untuk keadaan yang terkini , Faris masih duduk dengan family iaitu mak ayah dan adik perempuan seorang . Diorang menjana pendapatan dengan ayah Faris bekerja di sebuah kedai makan dan memperoleh gaji RM30/hari. Dia juga sedang menjalani rawatan SOPD , thrombocytopenia , psikiatri , mopd di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Setakat ini Faris terpaksa makan makanan seperti ayam rebus bahagian isi rebus, carrot China rebus, sawi kampung rebus dan supplement multivitamin, vitamin c, madu manunka, Stevia al ajmal dan memerlukan kos yang agak besar untuk menyediakan keperluan harian beliau. Dia hanya menaiki skuter ke rawatan kerana tidak mempunyai kereta . Keadaan kesihatan beliau yang terkini adalah Antral gastritis, GERD, hiatal hernia stage 2, panic disorder, thrombocytopenia.
Selamat petang, sama macam sebelum ni juga cuma tahun lepas sejak kena COVID saya kena penyakit baru pulak thrombocytopenia kurang sel darah kuning platelet rendah sampai sekarang, makin bertambah la penyakit. Penyakit yang ada sekarang, antral gastritis, GERD, hiatal hernia stage 2, panic disorder, dan terbaru thrombocytopenia. Appointment masih macam biasa la kerajaan appoinment lama, kita nyawa2 ikan baru pergi emergency itu je yang mampu. Ikut tarikh appoinment, cuma tahun lepas je banyak hari2 ambik darah klinik tak berhenti lepas COVID tu sebab kena kategori 2 covid. Ayah saya masih lagi kerja kedai makan. Saya ada 4 orang adik beradik, 2 di KL dan satu orang tinggal sini tolong sikit2 jaga makan minum mak ayah. Saya haritu penat2 banyak sangat2 buat bantuan untuk bantuan operation hiatal hernia. Dah lulus 20k, operation harga 26k. Tiba2 tunggu masa duit masuk ada pegawai baitulmal call guna phone biasa cakap dapat bagi 2k sahaja dari 20k, saya pun tak tahu nak buat apa dah malas mengharapkan apa2 dah, yang tahun lepas punya. Saya ada makan ubat untuk kurangkan simptom je tapi bukan untuk sembuhkan. Bantuan dapat Baitulmal sahaja tahun lepas yang lain tak dapat. Mysalam tak boleh nak mohon sebab bukan sakit kronik.