Mata Pencarian Ibu Tunggal Musnah Dihanyutkan Banjir


Mata Pencarian Ibu Tunggal Musnah Dihanyutkan Banjir


MarhaenMY - Siti Zaliha Bt Abdullah
Ajil, Terengganu
Published: Sep 12, 2022
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
20
Penyumbang
478
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perum­pamaan tepat buat ibu tunggal, Siti Zaliha Abdullah, 34, yang kehilangan mata pencarian akibat banjir besar pada Februari lalu. Lebih menyedihkan rumah pusaka yang dihuni wanita itu bersama empat anaknya terma­suk seorang orang kelainan upaya (OKU) mengalami kerosakan te­ruk terutama dapur. Siti Zaliha memberitahu, dia hilang sumber pendapatan buat keluarga selepas gerai makanan yang diusahakan berhampiran Sekolah Kebangsaan Lubuk Periuk, Ajil di sini musnah dihanyut banjir. “Semua peralatan memasak, barang berniaga rosak. “Saya tiada keupayaan untuk bangkit semula kerana kekura­ngan modal dan kini terpaksa bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan berhampiran,” katanya yang menerima bantuan bulanan jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250.

 

 

Luahnya, dengan pendapatan purata RM25 sehari sebagai pembantu kedai tidak mencukupi bagi menyara empat anak termasuk bongsu, Nursay­yidatina Khadijah Abdullah, 7, yang menghidap celebral palsy. “Kos membeli susu khas dan lampin pakai buang untuk anak OKU saya sangat besar selain memerlukan penjagaan khusus. “Tiga anak lain berusia 11 hingga 14 tahun pula masih bersekolah dan mereka memerlukan belanja keseluruhan RM15 sehari,” luahnya. Tambah Siti Zaliha, mereka sekeluarga kini menumpang sementara di rumah kakaknya yang terletak di kampung sebelah di­sebabkan tidak mampu membaiki kerosakan rumah pusaka. Sehubungan itu, dia berharap agar ada pihak yang dapat membantu dirinya membuka kembali gerai makanan bagi mengubah nasib keluarga. “Kalau ada yang sudi membantu membaiki kerosakan rumah pusaka, dapatlah kami berpindah masuk semula ke kediaman tinggalan keluarga saya ini,” katanya.

 

Kredit : Penulisan Kosmo

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ih  RM130.00
Top Contribution
Azrina  RM3,000.00
First Contribution
Shuhaimi  RM50.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

20

Penyumbang

478

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ih  RM130.00
Top Contribution
Azrina  RM3,000.00
First Contribution
Shuhaimi  RM50.00