Anak Tukang Kebun Hilang Separuh Ingatan Akibat Langgar Gajah


Anak Tukang Kebun Hilang Separuh Ingatan Akibat Langgar Gajah


MarhaenMY - Saedin Bin Sadoon
Bandar Tenggara, Johor
Published: Sep 12, 2022
26.57%
RM 930.00 RM 3,500.00


257.0
Baki Lot Diperlukan
93.0
Lot Telah Terbeli
43
Penyumbang
1,258
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Seorang calon pe­periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini hidup menderita selepas terlibat kemalangan apabila motosikal yang ditungganginya melanggar seekor gajah melintas jalan di Jalan Kluang-Kota Tinggi berhampiran Taman Seri Impian ke Bulatan Mardi di sini pada 4 Ogos lalu. Daripada seorang yang ceria dan pelajar harapan sekolah, Muhammad Danish Saedin, 17, kini hanya mampu terlantar dan tidak boleh menguruskan diri sendiri. Bapanya, Saedin Sadoon, 47, berkata, harapan anak kedua daripada empat beradik itu untuk menduduki peperiksaan SPM juga masih samar kerana separuh daripada ingatannya telah hilang. Katanya, orang yang boleh dikenali anaknya itu hanya ahli keluarga terdekat selain beberapa orang rakan yang sering bersamanya sebelum ini.

 

“Dia sekarang hanya mampu minum susu khas menggunakan tiub khas kerana turut me­ngalami kecederaan pada tulang rahangnya. “Danish juga terpaksa menggunakan lampin pakai buang dewasa serta berkomunikasi dengan cara bahasa isyarat atau menulisnya, selain tidak boleh bercakap dan hanya mampu memahami serta mendengar percakapan orang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Saedin yang bekerja sebagai pekebun sayur merayu orang ramai membantunya menyediakan keperluan lampin pakai buang serta susu khas untuk anaknya itu. “Sehari anak saya memerlukan antara tiga hingga empat keping lampin, manakala susu khas bernilai kira-kira RM85 satu tin yang hanya mampu bertahan selama dua atau tiga hari “Setakat ini saya hanya memohon bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam Johor,” ujarnya. Kredit : Penulisan Kosmo

 

Update 30 / 11 / 2022

Assalamualaikum, maaf lambat balas sebab saya kerja. Keadaan anak saya beransur pulih cuma masih minum susu guna tiub melalui hidung. Insyaallah bulan 12 buka tiub dan buat masa ni bantuan susu masih belum dapat. Saya gunakan duit bantuan kalian. Terima kasih semuanya. Saya ada mohon bantuan dekat Baitumal dan belum dapat prosesnya lambat. Saya tengah tunggu selepas buka tiub dan tutup lubang di leher tu boleh makan macam biasa atau tidak. Insya Allah dalam bulan 12 ni buka tiub sama ada lepas tu minum susu atau tidak. Tempurung kepalanya dalam bulan 6 tahun depan baru boleh pasang balik. Dia ok cuma dah boleh berjalan. Sekarang dia ada batuk dan tak selera makan bubur, sebak ada tiub. Ya cuma saya seorang bekerja dan kerja kebun tanam sayur-sayuran. Nak kata cukup tu alhamdullilah dengan gaji sebulan RM1300.00 lepas tolak duit sewa rumah RM550. Sebulan cukup tak cukup kena cukupkanlah. Tunggakan tiada takut nak berhutang. Maklumlah gaji cukup cukup makan. Dulu saya kerja hardware gaji oklah juga. 8 tahun kerja. Maklumlah hardware bawa lori angkat pasir dan simen tapi badan dah tak larat nak terus kan pinggang tergeliat lima kali. Cukuplah dan saya kerja kebun ni baru setengah tahun lebih dan kerja dengan orang melayu. Saya bayar sewa bilik, bil api air saja. Isteri memang tak kerja, suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni saya selalu cuti hantar anak fisioterapi dan check up jumpa doktor di Kluang ada dan di JB pun ada jadi gaji kenalah tolak.

Gaji saya sebulan kasar sekarang RM1300.00 kalau kerja penuh dapat penuh kalau cuti tolak sehari RM50. Simpanan sikit tu adalah masa kerja dulu tapi hujung hujung kena korek juga. Anak sulung dah habis belajar sejak adik dia accident sampai sekarang tak kerja. Sebelum ni kerja kantin sekolah rendah dekat rumah saya. Lagi pun kantin dah cari orang lain. Dalam sebulan ada dalam 4 / 5 kali checkup. Di JB sebulan sekali buat masa ni dan fisioterapi buat di Kluang saja. Anak saya 4 orang yang sulung umur 19 tahun, no.2 yang accident umur 17 tahun, no.3 15 tahun, no.4 10 tahun. Lelaki yang .n0.2 saja yang lain perempuan. Dulu gaji saya kerja hardware dalam RM1800.00 dan anak ada cari kerja dekat dengan rumah cuma sekarang belum ada rezeki. Saya hantar anak yang sakit naik kereta sendiri. Saya kerja kebun kadang anak sulung ada tolong tapi dia anak perempuan mana nak suka panas-panas, kalau anak lelaki senang ada motor jalan terus. Yang accident ni bila cuti sekolah dia part time kerja jual air kopi cedok dan masa kejadian dia balik isi minyak motor. Tak nampak gajah melintas tempat gelap, tak perasan dan lesen pun baru L. Dapat baru tiga hari dan sepatutnya dia belajar memandu hari Sabtu tapi Khamis malam Jumaat 4.8.22, dia accident dan nak buat macam mana dah ditakdirkan terima dengan redha. Alhamdulillah. doktor kata tadi (30/11/22) enzim dekat darahnya dah makin stabil dan bacaan darah normal  dalam 250 sekarang 300. Masa lepas keluar wad 21000 turun mendadak ke 5000. Lepas tu bulan lepas 500 lebih sekarang 300 lebih. Moga lepas ni normal.

Read More



Updates




Update 27 / 02 / 23

Assalamualaikum... alhamdullilah keadaan anak saya semakin pulih ingatannya semakin baik dah mula ke sekolah cuma tak dapat ambil SPM sebab banyak mata pelajaran yang tertinggal. Masih ada rawatan susulan di JB tentang pemasangan tempurung kepala. Tak tahu bila akan dipasang tunggu betul betul keadaan sihat. Dia kena repeat tahun depan. Saya tanya dia dah hilang semangat, kawan dia dah lepas. Dia kena sekolah lagi setahun, duduk di kelas yang tak sama umur dengan dia. Saya redha. Kalau dari segi kewangan biasalah cik bajet bajet lah. Dengan gaji RM1300 dan sewa rumah RM550, balance tu pandai pandailah kami. Cukup tak cukup kena cukup. Anak saya ni nak kerja bantu saya. Nilah harapan saya tapi keadaannya belum mengizinkan. Tempurung kepala belum pasang risau pulak saya. Kebun tempat saya bekerja pun kena serang cik Jah. Habis semua kena tanam balik, buat raya semoga ada rezeki lebih sikit. Kami langsung tak pernah ada tunggakan. Itu yang kena settle dulu. Lain lain hutang tiada sebab bil2 api air semua bayar. Kalau dulu pernah sampai makan nasi lauk telur tiga biji kongsi anak beranak, janji ada nasi ada kicap, sekarang ni alhamdulillah, kena berjimat. Danish dah habis rawatan di Kluang cuma sekarang tinggal di JB HSA. Dalam sebulan dia kena pergi dalam dua kali. Kalau masa tarikh tak sama dia kena pergi dua bahagian jadi 3 bulan sekali. Jarak hospital dengan rumah 100 lebih km. Ulang alik duit minyak dalam RM40.

Read More



Recent Contribution
MOHAMAD  RM20.00
Top Contribution
Hidayatul  RM100.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

257.0

Baki Lot Diperlukan

93.0

Lot Telah Terbeli

43

Penyumbang

1,258

Pengunjung
Recent Contribution
MOHAMAD  RM20.00
Top Contribution
Hidayatul  RM100.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

Kempen Lain