Kami memerlukan wang untuk sara hidup dalam 2 bulan ini sambil menunggu gaji kerja sambilan saya. Keperluan pampers dan susu anak usia 1 tahun 8 bulan dan perbelanjaan untuk bersalin anak kedua pada Oktober nanti (8 bulan mengandung). Saya telah diberhentikan kerja sejak pandemik mula pada 2020. Saya sebelum pandemik kerja sebagai landscape manager dan diberhentikan ketika PKP. Suami pula kehilangan sumber pendapatan selepas syarikat yang beliau kerja ada masalah kewangan pada tahun 2021. Lepas tu suami niaga burger bersama saya selepas kami berdua diberhentikan. Maksudnya dari Julai 2020 tu sampai hujung tahun macam tu kami berniaga. Tapi terpaksa berhenti sebab masa tu saya dah bersalin dan masa saya diberhentikan tu pun saya tengah mengandung. Jadi kami tak mampu gaji pekerja untuk ganti saya. Jualan masa berniaga burger tu sebulan tu untung dalam RM800 ke RM1000. Tolak modal beli barang burger untuk next month pulak. Tapi time tu ada komitmen kereta. Jadi tak ckup juga dan banyak guna duit dari EIS saya. Dan lepas tu suami dapat kerja dekat kebun, bila dia dapat kerja kebun sayur saya jaga anak di rumah. Tahun 2021 kebun sayur yang dia kerja ada problem jadi dia pun hilang pekerjaan masa tu.
Tahun ini kami tidak mempunyai kerja tetap. Hanya kerja sendiri dan sekarang kami buat kerja kebun di tanah depan rumah ayah. Kami buat tanaman sayur terung. Saya duduk menumpang je dekat rumah mak ayah. Mereka duduk rumah lain. Rumah saya duduk ni rumah kampung. Memang rumah lama sebab kawasan ni selalu banjir jadi mereka tak larat duduk sini. Dulu saya tinggal dekat KL sebab kerja tapi sekarang dekat Pahang. Tapi mereka bukan la orang senang, tak boleh nak berharap dan meminta pula. Mak saya tak bekerja dan ayah saya pula kerja kampung sahaja. Mostly ayah buat kerja petani la macam angkut sawit ke, tebas semak macam tu. Mak ayah tak ada dapat mana-mana bantuan. Dan saya baru cuba nak mohon JKM. Duit KWSP kami keluar untuk modal kebun. Suami buat kerja kampung untuk makan minum. Duit saving kami dah tak ada. Dulu makan minum boleh lagi sebab ada barang bantuan banjir. Komitmen baby kami guna duit saving. Sampai habis duit tu dan hasil dari kebun belum ada. Jadi sebab tu kami perlukan bantuan. Kewangan tak stabil sejak Julai 2020. Tapi kami ada duit simpanan kan. Jadi masa tu kami survive mana yang ada la. Disebabkan kami baru bermula berkebun tahun ni jadi hasil tu memang belum ada. Hasil tak banyak sebab kami tanam sedikit dahulu. Hingga sekarang kewangan masih tak stabil. Sejak awal tahun saya banyak meminjam dengan rakan dan keluarga da. Cuma sekarang nak pinjam pun susah dengan tak bayar lagi pinjaman lama dan rakan pun bukan orang senang. Tapi kami perlu wang untuk keperluan anak. Anak sulung saya pakai susu Fernleaf 1-3 dan juga pampers size L.
Saya baru sahaja bekerja sebagai guru tuisyen pada bulan ini dalam keadaan sarat mengandung. Jadi kami perlu wang buat sementara menunggu gaji saya RM400 sebulan dan BKM Fasa 3. Saya juga tiada wang untuk mengisi minyak untuk pergi mengajar pada minggu hadapan kerana baki dalam bank saya hanya RM2. Keperluan asas kami selama ni cukup2 lah sebab ada saving dan kadang pinjam duit kawan atau adik beradik. Kami tinggal rumah keluarga ni tak ada kena bayar sewa sebab mereka pun tahu kami tak ada income kan. Kadang tu mereka bawa makanan sikit bila datang rumah sini. Kalau bil api air tu saya bayar, kadang tu ada juga tertunggak sebulan dua tapi kami cuba juga bayar next month kalau dapat BKM ke. Bil air haritu tunggak RM49.35 untuk dua bulan dan bil api tunggakan dalam RM50 juga untuk dua bulan. Masa awal tak dapat keluarkan KWSP tu akak saya yang tolong bayar.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.