Remaja Menderita Buah Pinggang Sejak Kecil


Remaja Menderita Buah Pinggang Sejak Kecil


MarhaenMY - Rosniza Bt Hussin
Melaka, Melaka
Published: Sep 18, 2022
57.52%
RM 2,876.00 RM 5,000.00


212.4
Baki Lot Diperlukan
287.6
Lot Telah Terbeli
155
Penyumbang
2,033
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Sepasang suami isteri hanya mampu mengalirkan air mata apabila anak ketiga mereka yang sebelum ini aktif kini terlantar selepas disahkan menghidap masalah kegagalan buah pinggang sejak 10 tahun lalu. Mohd. Fadly Zakaria, 43, berkata, keadaan semakin teruk apabila kedua-dua buah pinggang anaknya, Muhammad Farhan Mohd. Fadly, 17, tidak lagi berfungsi dan kesihatannya semakin merosot sejak setahun lalu selepas dijangkiti Covid-19. Katanya, penyakit itu dikesan sejak anak ketiganya tersebut berumur lapan tahun selepas menunjukkan tanda-tanda se­perti muka membengkak, badan semakin berisi dan perut membesar. “Pada peringkat awal, saya dan isteri, Rosniza Hussin, 41, tidak mengesyaki apa-apa, namun selepas Muhammad Farhan dibawa untuk pemeriksaan, kami dimaklumkan buah pinggangnya sudah bocor. “Sejak itu, dia bergantung de­ngan ubat dan rawatan susulan di tiga hospital berbeza iaitu Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Seremban,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Peringgit di sini baru-baru ini.

 

Mohd. Fadly memberitahu, anaknya juga pernah ditidurkan sebanyak tiga kali sepanjang menerima rawatan. “Bahagian badannya juga sudah banyak ditebuk sehingga tiada lagi tempat,” ujarnya. Katanya, dia yang tidak be­kerja selepas terbabit kemala­ngan jalan raya pada Oktober 2020 kini buntu untuk mencari wang RM6,000 bagi rawatan susulan anaknya di sebuah pusat perubatan swasta di Johor. Menurutnya, doktor mencadangkan proses mencuci darah di bahagian tangan dilakukan di hospital swasta memandangkan hospital kerajaan tidak dapat melakukannya kerana salur darah anaknya yang kecil. “Pergerakan saya terbatas kerana ada besi pada kaki, jadi sumber kewangan keluarga dipikul sepenuhnya oleh isteri yang bekerja sebagai pembantu tukang masak dengan pendapatan RM70 sehari. “Kami menerima bantuan da­ripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebanyak RM350 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan,” ujarnya. Kredit : Penulisan Kosmo

 

Update 16 / 12 / 2022

Last duit masuk RM7.50 pada 25 Oktober dan kalau termasuk saya bekerja RM225 seminggu dan sehari RM45. Tentang kewangan keluarga ada tolong kadang2 dan kawan2 ada juga yang tolong. Makanan pun ada juga dorang hantar kepada saya. Kami tinggal rumah sewa dan sebulan RM680. Keperluan asas selama ni tak mencukupi sebab tu kadang dibantu oleh jiran dan keluarga. Suami belum boleh bekerja sebab dia baru lepas kemalangan dan dia tak boleh nak bergerak sangat tapi dia repair motor hantar rumah orang. Tunggakkan bil api RM2000 lebih sebab rumah ada guna aircond untuk anak yang sakit tu. Tunggakkan tu yang  bil lama dan baru. Saya ada buat bayaran jugak berselang. Suami selalu dibayar repair motor tak tentu dan paling besar sebanyak RM70. Anak saya tak boleh nak berjalan sangat dan kena ada orang pimpin dia.

Update 19 / 12 / 2022

Assalamualaikum. Doakan anak akak M.Farhan. Dia dtidurkan harini disebabkan paru2 bengkak dan jantung lemah. Dia baru keluar wad 5 hari setelah 2 bulan setengah kat wad. Harini sesak nafas. Saya tak tahu berapa lama dia akan admit wad lagi terpulang kepada jantung dia.

Read More



Updates




Update 15 / 02 / 2023

Anak saya ditidurkan semula semalam pada pukul 2 petang. Sebelum ni 5/2 intube dan 10 /2 sedar smula. Semalam ditidurkan semula. Paru2 dia ada banyak air dan jantung pun lemah. Haritu jantung dah berhenti. Sekarang 21/2, anak dah sedar tapi belum stabil lagi dan dia masih pakai oksigen untuk bernafas.

Update 22 / 05 / 23

Muhammad Farhan telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.15 malam di rumah.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hamba Allah  RM3.00
Top Contribution
Mira  RM100.00
First Contribution
Azizul  RM20.00

212.4

Baki Lot Diperlukan

287.6

Lot Telah Terbeli

155

Penyumbang

2,033

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hamba Allah  RM3.00
Top Contribution
Mira  RM100.00
First Contribution
Azizul  RM20.00