Adik Aqil Yang Berusia 18 Bulan Menghidap Sindrom Nefrotik


Adik Aqil Yang Berusia 18 Bulan Menghidap Sindrom Nefrotik


MarhaenMY - Noor Athirah Binti Abdullah
Seremban, Negeri Sembilan
Published: Sep 18, 2022
100%
RM 6,000.00 RM 6,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
600.0
Lot Telah Terbeli
285
Penyumbang
4,116
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
600 Lot Ditawarkan

Sepasang suami isteri terkedu apabila anak bongsu yang disangka terkena gigitan semut rupa-rupanya menghidap penyakit sindrom nefrotik atau buah pinggang bocor yang menyebabkan badannya membengkak. Bayi berkenaan, Muhammad Aqil Iskandar Mohd. Ashraf, 18 bulan, dikesan menghidap pe­nyakit berkenaan selepas mata, buah zakar dan perutnya membengkak dan perlu bergantung kepada ubat prednisolone. Ibunya, Noor Athirah Abdullah, 23, berkata, pada mulanya dia dan suami, Mohd. Ashraf Mohd. Shah, 24, menyangka ia angkara semut dan terus membawa anaknya di Hospital Tuan­ku Ja’afar, Seremban. “Selepas seminggu dirawat, doktor mengesahkan protein dalam air kencing atau buah pinggang bocor. “Sejak itu Muhammad Aqil perlu bergantung kepada prednisolone memandangkan tiada rawatan lain yang boleh dilakukan kerana dia masih kecil,” katanya ketika ditemui di Garden Avenue, Seremban 2 di sini baru-baru ini.

 

Menurut Noor Athirah, mereka turut mencuba pelbagai rawatan alternatif lain bagi mengubati anak bongsu daripada tiga beradik itu. Tambahnya, dia bersyukur apabila ada sedikit perubahan selepas mendapatkan rawatan alternatif dan proses pembua­ngan air kencingnya semakin baik dan tidak perlu lagi mengambil ubat lawas kencing secara kerap. “Kos rawatan alternatif itu agak mahal antara RM400 ke RM500 untuk satu sesi,” katanya sambil memberitahu anaknya tidak boleh minum terlalu ba­nyak susu. Jelas Noor Athirah, dia dan suaminya terpaksa berhenti kerja bulan lalu apabila terlalu kerap mengambil cuti bagi menjaga anaknya. “Sekarang saya hanya duduk di rumah untuk memberi sepenuh perhatian kepada Muham­mad Aqil selain mengambil tempahan membuat kuih, manakala suami bekerja sebagai penghantar barang. “Dari segi kewangan memang sekarang kena utamakan apa yang perlu terutama keperluan anak-anak seperti lampin, susu dan barang makanan,” katanya yang mempunyai anak berusia lima tahun hingga 18 bulan. Kredit : Penulisan Kosmo

Read More



Updates




Update 4 / 10 / 2022

Sekarang ni Aqil ada dua kali appointment dekat hospital. Kadang-kadang kalau kereta suami elok naik kereta kalau rosak naik grab tak pun motor. Jauh juga jarak rumah nak ke hospital. Kami dulu kerja sebagai sale assistant di company VMO Resources. Kerja dekat situ tak lama, ada lah dalam 4 bulan macam tu. Berhenti sebab masa awal2 Aqil sakit saya tak boleh drive dan banyak buat rawatan luar. Bila suami mintak cuti boss bising. Walaupun ada surat hospital tapi boss buat Unpaid Leave dan tolak gaji suami sampai RM1150. Sekarang ni gaji suami tak tetap sebab suami dah tak kerja situ lagi. Sekarang suami jadi runner hantar makanan dan kalau simpan2 duit runner tu ada la dalam RM800 / RM1000 sebulan. Sejak anak sakit ni memang keperluan asas tu cukup-cukup makan sekarang ni. Kami menyewa sebulan dah RM600. Bil api air ada tertunggak RM300 dan buat masa sekarang dah 3 / 4 bulan tak dapat nak bayar bil. Ni sekarang dengan kereta rosak. Macam transport tu buat masa sekarang ni agak susah juga la nak bergerak sebab kereta rosak kan dan nak bawa baby Aqil pergi temu janji buat masa sekarang naik motor sahaja.

Kami adik beradik pun memang masing-masing tak senang sebab semua datang dari keluagar yang tak berapa senang. Kalau bantu pun adalah dorang tolong dari segi barang-barang makan sahaja. Kalau ikutkan RM1500.00 sebulan keperluan kami dan tu dah kira cukup lah untuk menampung belanja barang dapur termasuk sewa rumah. Tapi tak termasuk susu dan pampers Aqil. Aqil punya selalu kami standby kan dalam RM300 untuk sebulan. Keperluan susu, pampers dan duit pergerakan pergi rawatan. Susu dia pakai Dutch Lady 1 2 3 dan pampers Petpet size XL. Bila Aqil dia memang pakai banyak sebab dia kerap berak. Untuk suami dapat order makanan tu kadang tak dapat banyak tapi dapat cukup2 makan. Dalam seminggu tu ada lah kadang dapat RM200 / RM300. Kalau rumah sewa tertunggak tu tak bayar penuh dan selalu tunggak dalam RM100. Nasib baik dapat owner yang memahami bila lambat bayar sewa. Saya baru mohon JKM dan Baitulmal belum mohon lagi.

Update 13 / 12 / 2022

1. Boleh tahu bila duit last masuk dalam account tuan/puan? Tak termasuk dana daripada MarhaenMY.

Duit yang last masuk RM20 dari satu hamba Allah yang saya tak kenal. Suami saya masih kerja runner hantar makanan dan saya buat kuih macam biasa. JKM yang saya mohon haritu saya dah dapat dan saya dapat bayar sewa rumah sebab sewa rumah RM550 dan JKM sebulan dapat RM600.

2. Dengan keadaan kewangan yang sedia ada sekarang ni, family makan apa untuk survive? Apa makanan last yang family makan?

Saya survive dengan makanan yang murah. Macam bihun, maggie, buat nasi goreng telur dan buat makanan yang simple sahaja.

3. Dana yang dapat daripada MarhaenMY dapat membantu meringankan beban tuan/puan sekeluarga tak?

Sumbangan dari marhaen saya dapat topup beli susu pampers adik Aqil bila dah nak habis, kalau makanan saya try ambik dekat gerobok makanan.

 

Saya pulak tengah tunggu hari nak bersalin, saya pregnant 36 minggu sekarang. Kadang2 suami tak dapat kerja sebab saya kena ulang alik hospital sebab kandungan saya pun ada problem sikit. Sementara ni saya ikut arahan klinik. Bulan lepas Aqil ada kena admit wad sebab masa checkup bulanan di HTJ dia punya perut membengkak makin besar + demam panas. Lepastu ada jangkitan kuman dekat paru menyebabkan sukar bernafas. Sekarang doktor dah naikkan dos ubat dia. Dulu dua biji selang sehari tapi sekarang 5 biji setiap hari. Masa jumpa doktor kandungan protein pun meningkatkan. Untuk kuih yang saya buat tu saya hantar dekat gerai2 kecil sahaja dan kadang2 habis kadang2 tak. Tempahan setakat ni baru sekali dua dapat. Saya jual kuih-kuih saya di gerai pisang goreng hadapan 99speedmart Pekan Rantau. Jualan paling sikit dapat RM28 dan paling banyak RM60 sehari. Itu pun tak selalu meniaga sebab bergantung pada orang kedai tu.

Update 11/01/2023

update yang terkini saya baru keluar Dr rumah sewa SBB X DPT nk bayar sewa sepenuhnya setiap bulan,tuan rumah bising..skrg SY stay rumah nenek SY di Senawang sementara nk CRI deposit UTK rumah sewa yg baru..tapi bukan lah dlm masa terdekat ini UTK CRI rumah sewa..SBB SY dlm proses TGu hari nak bersalin..bila2 je SY blh bersalin.Alhamdulillah SY DPT beli BRG keperluan menggunakan duit sumbangan , anak saya pun masih lagi tidak sihat keadaannya , masih lagi naik bengkak di badannya . SY PON sementara ni stop dulu buat kuih..sebab bacaan darah SY makin turun..dan tangan SY mula X kuat effect mengandung ni..suami PON skrg jrg kerja dan hanya buat part time shj sementara ni SBB SY selalu X sihat.Ohh ye ubat yg hospital beri KPD adik Aqil PON dos semakin tggi..Dr sebiji UTK dua hari kod 5biji sehri. 

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Anon  RM40.00
Top Contribution
Hamba  RM150.00
First Contribution
AMI  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

600.0

Lot Telah Terbeli

285

Penyumbang

4,116

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Anon  RM40.00
Top Contribution
Hamba  RM150.00
First Contribution
AMI  RM20.00