Bantuan Buat Kak Sapidah Yang Lima Tahun Menjaga Anak Koma


Bantuan Buat Kak Sapidah Yang Lima Tahun Menjaga Anak Koma


MarhaenMY - Sapidah Bt Shahed
Kluang, Johor
Published: Sep 18, 2022
100%
RM 4,010.00 RM 4,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
401.0
Lot Telah Terbeli
138
Penyumbang
1,972
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Menguruskan anak yang tidak boleh bergerak serta kaku bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan apatah lagi ia perlu dihadapi sejak lima tahun lalu. Sapidah Sahed, 48, berkata, anaknya, Mohd. Zaki Hanafi, 21, berada dalam keadaan itu selepas terlibat dalam kemalangan motosikal ketika berusia 16 tahun ekoran kecederaan yang dialaminya. Katanya, sejak daripada kejadian itu, anak sulung daripada dua beradik itu hanya menjadikan katil sebagai dunianya akibat daripada tidak boleh bergerak apatah lagi untuk menguruskan diri sendiri. “Untuk kehidupan kami tiga beranak, saya hanya menjual pelbagai jenis kuih lapis serta bingka selain makanan sarapan pagi mengikut tempahan orang ramai. “Hasil jualan sekitar RM400 sebulan itu lah kami gunakan untuk makan minum anak beranak kerana bantuan RM1,000 daripada Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat habis digunakan membeli susu khas serta lampin pakai buang untuk along,” katanya.

 

Sapidah ditemui ketika menerima kunjungan Pengerusi Kelab D’Kluang, Md. Norhalim Md. Amin yang hadir yang me­nyampaikan sumbangan barang-barang keperluan dapur di kediamannya di Jalan Orkid 5, Taman Orkid dekat sini semalam. Menurut Sapidah, dia tidak boleh bergerak jauh dan me­ninggalkan rumah kerana anak kedua, Mohd. Zaim, 18, yang baru menamatkan persekolahan turut bekerja sebagai pembantu kedai untuk menampung hidup mereka. “Saya hanya tinggal di rumah dan jika ada tempahan barulah saya membuat kuih. Jika tidak maka tiadalah pendapatan pada hari itu. “Namun semua ini tidak akan melemahkan saya untuk memastikan along dalam keadaan sihat walaupun sedar bahawa peluangnya untuk pulih semula tidak akan menjadi kenyataan,” katanya. Ujar Sapidah lagi, untuk membeli susu khas dia terpaksa membelanjakan sekitar RM960 sebulan, manakala lampin pakai buang sekitar RM210. Kredit : Penulisan Kosmo

 

Update 5 / 12 / 2022

Selamat pagi terima kasih. Anak saya sakit dah 2 minggu di hospital. Doakan anak saya cepat sembuh ye jangkitan kuman di paru2Dia sesak nafas dan tak boleh buang air kecil. Dari segi kewangan, hospital kerajaan sahaja insallah mencukupi. Ok terima kasih banyak2 selama ni membantu akak.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ih  RM10.00
Top Contribution
Ih  RM390.00
First Contribution
Hamba  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

401.0

Lot Telah Terbeli

138

Penyumbang

1,972

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ih  RM10.00
Top Contribution
Ih  RM390.00
First Contribution
Hamba  RM20.00

Kempen Lain