Bagai jatuh ditimpa tangga. Itu situasi sukar yang dihadapi sebuah keluarga apabila diuji dugaan berganda apabila seorang suami kehilangan pendapatan apabila terpaksa menguruskan isteri dan seorang anaknya yang mempunyai masalah kesihatan. Ruzman Hamid, 41, dari Kampung Batu Enam di sini tabah menemani isteri, Engku Zuria Azura Engku Mat Arif, 40, yang disahkan mengidap ketumbuhan pada rahang sejak tahun lalu. Pada masa sama, anaknya Nur Aisya Humaira,13, pula mengidap hypo tiroid mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun, hampir setiap minggu. Engku Zuria Azura berkata, suaminya yang merupakan bekas seorang juruteknik di syarikat minyak dan gas diberhentikan kerja ekoran sering mengambil cuti untuk menguruskannya dan Nur Aisya Humaira.
Menurutnya, berikutan suaminya kehilangan punca pendapatan, mereka bukan sahaja kekurangan wang untuk meneruskan kehidupan malah, dia kadangkala terpaksa menunggang motosikal bersendirian kira-kira 60 kilometer ke Kemaman untuk mendapatkan rawatan ekoran tiada wang membaiki kerosakan dan mengisi minyak kereta. “Kalau tak ada duit, saya tunggang sendiri motosikal, sementara suami terpaksa jaga anak di rumah sebab dua lagi anak saya masih kecil, berusia 11 dan tiga tahun. “Pernah juga saya terpaksa ponteng rawatan terapi dan jumpa pakar sebab tak ada duit,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Batu Enam, di sini, hari ini. Engku Zuria Azura berkata, mereka sekeluarga juga kini buntu apabila hanya menunggu masa untuk keluar dari kediaman tersebut selepas tidak mampu membayar tunggakan sewa rumah lebih tiga bulan berjumlah hampir RM2,000.
“Kami mempunyai sebuah kedai kotak, kami turut berniaga kecil-kecilan dengan menjual makanan pagi. Kadangkala dapat hampir RM50 sehari dan ada kalanya jualan tidak habis dan saya sedekahkan kepada orang ramai. Sementara itu, Ruzman berkata, pelbagai cara telah dilakukan, untuk mencari pendapatan namun berikutan keadaan isteri dan anaknya yang bergantung kepada ubatan dan rawatan, menyebabkan dia tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk bekerja. “Berat ujian kami sekeluarga. Sebelum ini hanya anak yang sakit, kali ini, isteri saya pula yang sakit dan pelbagai dugaan datang satu persatu selepas saya diberhentikan kerja,” katanya.
Kredit : Penulisan Utusan Malaysia
Anak saya perkembangan terkini dia sekarang ni daripada dos dia daripada 125microgram naik 150 naik lagi 175 mikrogram. Sekarang sebulan sekali jumpa doktor untuk check darah disebabkan dos yang dinaikkan oleh doktor. Sehingga bulan 5 perkembangan ni dos semakin naik sebab darah dia memang ada masalah. Keadaan saya masih seperti biasa, terapi seperti biasa cuma masa tu dah senggang. Keadaan rahang saya, kesan pembedahan masih sakit. Doktor bagi ubat untuk saraf urut sampai bulan 6. Bulan 6 ni kalau keadaan saya makin baik mungkin off rawatan cuma tinggal anak saya sebab dia hypertiroid rawatan seumur hidup. Rawatan akan sentiasa ada. Makan ubat seumur hidup sampai bulan 5. Kalau tak ada perkembangan posiftif masuk wad untuk sebulan. Suami saya bulan puasa kalau kerja buruh kontrak petronas memang tak ada kerja tapi lepas raya Insha Allah banyak kerja. Dia baru habis kerja bulan 2 haritu. Sekarang ni kami meniaga air balang tepi jalan. Laku 2@3 plastik je sehari dan cuma bertahan 4 hari terpaksa tutup sebab modal tak balik. Lepas tu saya jual air nira pun suram, jadi saya sedekah habis dah semua. Saya dengan anak ada rawatan bulan 5 ni. Anak saya masih bersekolah tapi memang ada lah dia cuti2 kena jumpa doktor, ambik darah.