Asslamualaikum. Nama saya Asmida saya dari Kelantan. Saya mempunyai 5 orang anak (1 tahun, 3 tahun, 4 tahun, 7 tahun dan 8 tahun) dan kami nak bayar duit sewa rumah pun susah dan bekalan makanan tak cukup tambah yuran anak lagi kerana suami saya cuma kerja kampung iaitu kerja sawah sahaja dengan orang. Dulu sebelum covid kerja suami okay tapi lepas covid kerja da kurang. Gaji suami kadang RM300 sebulan atau pun kadang kurang. Kami duduk menyewa sebulan RM500 dan sudah tertunggak selama 4 bulan. Sewa rumah ni tuan rumah akan datang rumah untuk minta bayar. Saya dah lama tinggal rumah sewa ni selama 6 tahun. Memang selama kami menyewa gaji suami memang sikit. Suami buat dua kerja dapat upah RM300 dan repair rumah, jadi kadang tu gaji dia RM500 / RM800. Untuk bantuan tu, saya tak pernah minta Zakat atau pun JKM tapi bantuan kerajaan (BKM) ada dapat tapi bukan setiap bulan sebab setahun sekali sahaja kan. Anak-anak saya pergi sekolah dengan berjalan kaki. Saya ada cuba minta bantuan di facebook tapi tiada yang membantu. Segala bantuan online saya berusaha isi, call sana sini dan tunggu tinggal tunggu. Saya dan suami tak mengapa kalau tak makan tapi saya kesian ke anak sahaja. Anak bongsu saya masih memerlukan susu kerana umur nya masih setahun ke atas. Susu anak pakai Dugro dan pampers tak perlu. Kalau keperluan asas kami dalam sebulan RM500. Saya cuba bayar sedikit2 alhamdulilah tuan rumah pun belum berhasrat nak halau kami. Bil api air pun dah berbulan tak bayar tinggal tunggu kena potong sahaja tapi saya cuba jugak bayar sedikit dah tertunggak lebih RM500. Selalu orang cakap kami kenapa bersalin ramai kalau tak mampu nak jaga tapi kami hanya boleh cakap rezeki Allah. Selama ni kami teruskan hidup dengan ada bantuan makanan dan ada orang bantu kami.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.