Eliesa Menghidap Cerebral Palsy Dari Bayi


Eliesa Menghidap Cerebral Palsy Dari Bayi


MarhaenMY - Nik haslinda binti nik samsudin
Selising, Kelantan
Published: Sep 20, 2022
100%
RM 4,520.00 RM 4,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
452.0
Lot Telah Terbeli
187
Penyumbang
2,387
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
450 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya Nik Haslinda bt Nik Samsudin, ibu kepada Nik Eliesa Umairah ingin memohon bantuan untuk keperluan anak istimewa saya. Saya tidak berkerja, cuma mengharapkan suami yang kerja kampung sebagai buruh. Gaji suami anggaran dalam RM1200 sebulan. tapi kadang2 tak dapat banyak tu sebab kerja tak menentu dan dia tak ada kerja lain. Nik Eliesa adalah anak sulung dari 5 beradik. Nik eliesa berumur (16 tahun), anak no 2 (14 tahun), no 3 (13 tahun), no 4 (8 tahun) dan no 5 (5 tahun) dimana semua nya masih bersekolah. Anak saya ada menerima bantuan JKM sebanyak RM500 sebulan tapi masih tidak mencukupi untuk membeli barang keperluannya sebab melebihi RM1000 sebulan. Tahun lepas saya mohon dengan NGO untuk katil, alhamdulillah dapat dan juga bantuan susu untuk 6 bulan. Sekarang ni saya kena beli sendiri keperluan dia dan kami tak mampu nak tampung sebab tu saya cuba mohon dari pihak marhaen. Sebelum dapat bantuan NGO ni, anak saya cuma minum susu dutchlady dan berat dia 12kg sahaja. Sekarang berat badan dia dah naik sebab minum susu Pedeasure. Saya juga baru mohon bantuan Zakat dari maik cuma belum dapat keputusan. Nik Eliesa minum susu Pedeasure 8 tin sebulan dan berat 850g satu tin. Susu tu berharga RM98 untuk satu tin dan dia guna 8 tin dalam sebulan setengah. Saya beli susu tu dekat farmasi sebab lagi murah kalau dekat pasar sampai RM100 lebih satu tin. Saya cuma mampu beli 1 tin tahan 3 hari tak mampu nak beli banyak sebab tak ada duit. Anak saya menggunakan pampers drypers 3 beg untuk 1 bulan. Nik Eliesa juga makan bijirin nestum 4 pek untuk 1 bulan dan disebabkan harga susu yang mahal kami tak mampu untuk membeliya. Anak saya menghidapi Cerebral Palsy dimana anak saya tidak dapat buat apa2 hanya mampu terlantar seperti bayi dan perlu diurus oleh saya sebagai ibu dan surirumah. Anak saya ada temujanji di hospital USM dan Pasir Puteh.

Nik Eliesa masa melahirkan dia sihat sahaja tapi masa umur dalam 3 bulan dia demam panas dan sawan. Anak saya ada temujanji hari selasa depan di Hospital Tengku Anis. Alhamdulilah Eliesa dapat doktor yang memahami keadaan kami. Saya mohon dari doktor agar temujanji Eliesa hanya dibuat di Hospital Tengku Anis dan doktor pakar dari hospital USM akan turun ke Hospital Tengku Anis. Jarak rumah ke hospital dalam 30 minit. Alhmadulillah rezeki allah bagi kami dapat beli kereta wira, sebelum ni hanya pinjam kereta orang. Untuk bertemu dengan doktor pakar hanya 6 bulan sekali sebab Eliesa tak ada sakit lain kecuali sawan. Dia akan sawan masa demam sahaja. Nik Eliesa kena buang gigi pada bulan 12 dan 12 / 12 /2022 ada temu janji pakar bius. Gigi dia rosak sebab tu kena buang dan saya cuma boleh guna kain basah untuk cuci gigi dia dan dia susah nak buka mulut. Kami tinggal rumah sendiri tapi tumpang tanah kerajaan dan sebenarnya di sini saya berkongsi bil api dengan ahli keluarga yang lain. Di sini ada 4 biji buah rumah, rumah berjenket. Bil api dah tertunggak selama 4 tahun berjumlah sebanyak RM7000. Jumlah ni sebab bil yang dikongsi 4 buah rumah. Tiap2 bulan memang tak dapat nak bayar. Pernah sekali sahaja bil kami kena potong. Kawasan rumah ni adalah ibu bapa saya, adik beradik tapi rumah asing2. Bil bulanan pun mencecah RM400. Dapat bantuan kerajaan macam BKM baru kami boleh bayar api sikit sorang. Keluarga saya pun orang susah. Keperluan asas kami cuma makan ala kadar sahaja sebab 4 anak masih sekolah. Saya tak minta banyak cuma nak beli susu untuk Eliesa sahaja sebab kami tak mampu.

 

Update 3 / 10 / 2022 - 26 / 10 / 2022

Susu anak saya dah sampai, saya beli dekat shopee yang team marhaenmy carikan harga RM87. Pada 26 / 10 , ibu Elissa beli lagi keperluan susu buat Elissa. Dalam satu kotak ada 12 tin.

 

Update 5 / 12 / 2022

Dana sekarang tak mencukupi. Sekarang ni pun akak terpaksa campur susu dengan duchlady sebab tak cukup duit nak beli. Dengan suami akak tak boleh kerja dari minggu lepas sebab hujan. Kelmarin boleh kerja, hari ni tak boleh kerja sebab hujan. Alhamdulilah family masih boleh survive makan, masih boleh beli ikan dan adik beradik ada bagi duit sikit. Susu yang saya beli untuk masa dapat dana dah habis. Last beli haritu 3 tin sahaja. Beli tu ada campur2 dengan duit JKM. Saya ada dapat bantuan kerajaan BKM. Kalau MAIK masih lagi dalam permohonan lagi.

 

Update 24 / 12 / 2022 - 4 / 01 / 2023

Kami kena banjir hari ahad yang lalu, paras pinggang. Alhamdulillah keluarga semua sihat. Yang ni banjir paling teruk sebab air masuk dalam rumah paras pinggang dan peti ais pun rosak, sofa rosak, buku tulis anak rosak dan buku teks habis kena lumpur. Air deras sampai peti ais tumbang dan tikar getah pun rosak. Kami tak tinggal di pusat pemindahan cuma tinggal di rumah. Masa kejadian dalam pukul 2 pagi, call bomba tapi tak ada jawapan dan terpaksa ambik jalan sendiri dengan duduk dalam kereta. Nasib baik ada tempat tinggai dan kami duk atas jalan highway dalam kereta.

Read More



Updates




Update 12 / 01 / 2023

Sekarang ni keluarga saya masih dalam keadaan lepas banjir haritu bertambah masalah. Dapat duit JKM anak minggu lepas pun, dapat beli 3 tin susu sahaja dan duit buat belanja anak sekolah dan buat beli barang2 dapur. Suami baru boleh buat kerja lepas banjir haritu sebab tempat kerja suami pun teruk juga kena banjir jadi terpaksa cuti. Suami baru start kerja kelmarin dan kerusi roda untuk Eliesa pun rosak sebab banjir. Sebelum duit JKM masuk kami makan apa yang ada sebab nak pinjam dengan adik beradik pun, mereka pun terkesan banjir juga. Dana yang masuk daripada MarhaenMY ni sangat membantu kami bukan untuk eliesa sahaja tapi untuk kami juga buat belanja anak sekolah. Kami ada dapat bantuan daripada NGO iaitu keperluan dapur dan sekarang memang tunggu suami dapat gaji lepas duit JKM kami dah guna beli barang keperluan Eliesa dulu. Kami dapat bantuan tu 2 minggu selepas banjir tu.

 

Update 16 / 2 / 2023

Saya juga nak bagitahu yang 22/2 eliesa akan masuk wad untuk buat pembedahan buang gigi. 22hb tu dia akan masuk bilik bedah. Doakan buat anak saya nanti. Semoga dipermudahkan urusan anak syurga saya. Dia akan kena bius penuh dan menghitung hari sangat mendebarkan kami.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM20.00
Top Contribution
Iman  RM200.00
First Contribution
Syafiqah  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

452.0

Lot Telah Terbeli

187

Penyumbang

2,387

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM20.00
Top Contribution
Iman  RM200.00
First Contribution
Syafiqah  RM20.00