Nasir Pesakit Buah Pinggang Tahap 3 dan Kuman dalam Darah


Nasir Pesakit Buah Pinggang Tahap 3 dan Kuman dalam Darah


MarhaenMY - MOHAMAD NASIR BIN TAIB
Kuala Ketil, Kedah
Published: Sep 27, 2022
61.14%
RM 2,140.00 RM 3,500.00


136.0
Baki Lot Diperlukan
214.0
Lot Telah Terbeli
92
Penyumbang
1,536
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, nama saya Siti Nurulliana ingin memohon bantuan kerana abah saya sedang berada di hospital sekarang. Dia menghidap sakit buah pinggang tahap 3, darah tinggi dan kuman dalam darah. Abah saya sakit sejak tahun 2014, selama ini kos rawatan ibu yang tanggung tetapi sekarang ibu abah sudah bercerai (tahun 2021) dan kami hanya dua beradik dan saya sudah berkeluarga. Suami pula hanya seorang penoreh getah dengan pendapatan tak menentu dalam anggaran RM600 sebulan dan saya juga ada anak yang OKU (1 tahun 3 bulan) yang perlu dijaga sepenuh masa serta 3 orang anak yang masih bersekolah dan anak saya yang OKU ada dapat JKM. Adik saya (21 tahun) pula tidak bekerja kerana selalu ulang alik ke hospital untuk menjaga abah. Buat masa ini adik akan ke hospital hari-hari dan kami pula hanya ada motor sahaja dan motor juga tiada cukai jalan dan jarak rumah ke hospital adalah 1 jam lebih. Abah sebelum ni bekerja sebagai penoreh getah sahaja. Saya ada mohonkan bantuan Zakat untuk abah (dah ambil borang , tunggu nak jumpa doktor dapatkan sign, JKM: tunggu penghulu kampung bagi borang).

Jadi kami terpaksa minta tolong jiran untuk bantu hantar kami ke hospital, dan jiran minta RM50 sebagai upah minyak serta RM50 sebagai upah membawa adik ke hospital untuk sekali hantar pergi dan balik. Abah mula duduk di ICU bermula 22hb sehingga 29hb Ogos dan sekarang dipindahkan ke wad biasa, abah sudah berada di sana selama 15 hari. Pada 14 / 09 / 2022 baru abah boleh keluar wad. Saya amat memerlukan bantuan untuk menampung kos cuci darah kerana abah perlu cuci darah 3 kali seminggu, kos ubat-ubatan, kos pampers, kos susu, kos ulang alik ke hospital, kos keluar hospital dan saya juga perlukan bantuan untuk kos membeli katil khas buat abah setelah abah keluar nanti kerana abah masih tidak boleh berjalan, pahanya perlu ditebuk 2 tapak untuk cuci darah. Kami duduk rumah sendiri jadi tak ada kena bayar rumah. Saya amat berharap tuan dan puan boleh membantu saya, terima kasih. 

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Rahsia  RM10.00
Top Contribution
Rozi  RM150.00
First Contribution
Kireebiali  RM10.00

136.0

Baki Lot Diperlukan

214.0

Lot Telah Terbeli

92

Penyumbang

1,536

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Rahsia  RM10.00
Top Contribution
Rozi  RM150.00
First Contribution
Kireebiali  RM10.00