Derita Sakit Barah Pankreas Sejak April


Derita Sakit Barah Pankreas Sejak April


MarhaenMY - Rajni Bin Mohamad Sabri
Langkawi, Kedah
Published: Oct 02, 2022
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
103
Penyumbang
1,772
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Rajni Mohd Sabri yang berusia 45 tahun mengalami sakit dalam perut sejak April disebabkan barah pankreas dihidapinya. Rajni disahkan menghidap barah itu selepas melakukan pemeriksaan endoskopi di Hospital Sultanah Maliha (HSM). Pada mulanya hanya rasa senak di perut malah sukar untuk tidur. Ada masa, saya berguling akibat kesakitan. Checkup yang seterusnya mendapati, ada luka di usus selain ketulan dalam pankreas sebelum Rajni dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. Dia disahkan menghidap barah itu selepas dirawat di HSB dan perlu menjalani 12 rawatan kemoterapi. Setiap kali nak ke Alor Setar, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM500 untuk menampung kos tiket feri, makan minum serta menempah kenderaan e-hailing. Sebabkan perlu berjimat, Rajni pergi ke Alor Setar seorang diri dan menumpang bermalam di rumah saudara di Kota Sarang Semut sebelum ke HSB untuk rawatan.

 

Habis kemoterapi, Rajni perlu berehat seharian sebelum pulang ke Langkawi menaiki feri.Sejak menghidap barah, dia tidak dapat bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan isteri, Anura A'azip yang berusia 46 tahun merupakan isteri Rajni baru sebulan bekerja di bahagian pembersihan sebuah hotel di sini, dengan pendapatan RM1,500 sebulan. Pada masa sama, disebabkan penyakitnya itu, dia tidak dapat melakukan kerja berat kerana sering mengantuk dan perlu banyak berehat. Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal pernah mengunjungi Rajni di rumahnya turut menyerahkan sumbangan daripada CSM termasuk wang untuk meringankan beban lelaki berkenaan.

 

 

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM350.00
Top Contribution
Hisham  RM1,000.00
First Contribution
Anon  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

103

Penyumbang

1,772

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM350.00
Top Contribution
Hisham  RM1,000.00
First Contribution
Anon  RM10.00

Kempen Lain