Bantuan Buat Ibu Yang Menjaga Sepasang Anak Kembar Yang Menghidap Celebral Palsy Apabila Suami Mengalami Masalah Kesihatan Kronik


Bantuan Buat Ibu Yang Menjaga Sepasang Anak Kembar Yang Menghidap Celebral Palsy Apabila Suami Mengalami Masalah Kesihatan Kronik


MarhaenMY - Salina binti Abu Bakar
Seremban, Negeri Sembilan
Published: Oct 02, 2022
100%
RM 3,510.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
351.0
Lot Telah Terbeli
134
Penyumbang
1,502
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Seorang ibu kepada sepasang anak kembar yang menghidap celebral palsy apabila suami yang selama ini menjadi tempat bergantung mengalami masalah kesihatan kronik. Salina Abu Bakar berusia 41 tahun dan dua anak lelakinya iaitu Muhammad Saifullah Samsul dan Muhammad Saifuddin Samsul masing-masing berusia 13 tahun menghidap penyakit itu serentak sejak berusia setahun. Mulanya, mereka (anak-anak) mengalami demam dan sawan sebelum didiagnosis menghidap celebral palsy. Sebelum itu, ketika berusia lima bulan, saya perasan mereka sukar untuk duduk dan berdiri. Si kembar ini memerlukan penjagaan dan perhatian penuh kerana keadaan fizikal mereka selain mudah diserang sawan secara tiba-tiba.
 

 

Salina reda selepas diuji dengan kehadiran anak syurga tersebut, namun suaminya, Samsul Kamarudin yang berusia 44 tahun pula mempu­nyai penyakit asma kronik, darah tinggi dan kencing manis.Suaminya yang bekerja sebagai pengawal ke­selamatan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan setiap kali ke tempat kerja kerana kerap mengalami sesak dada dan sukar bernafas. Suami sudah lama menghidap asma sejak 20 tahun lalu, tetapi dia mula bergantung kepada alat bantuan pernafasan tahun ini sebab asmanya sema­kin kronik. Dia juga kerap keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan. Salina pernah bekerja sebagai pembantu kedai sewaktu suaminya menjalani pembedahan pada 2020 disebabkan nanah dalam perut. Suami juga tidak boleh me­lakukan kerja berat. Setiap hari dia bekerja syif malam (7 malam hingga 7 pagi), jika tidak bekerja gajinya akan dipotong.  Gaji bersih suami RM1,300 sebulan. Tambah Salina, kos perubatan termasuk pengangkutan untuk rawatan suaminya di Hospital Tuanku Ja’afar di sini kira-kira RM500 sebulan. Mereka juga ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan, malah pihak Baitulmal ada memberi bantuan susu dan lampin.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Hamba  RM30.00
Top Contribution
Nurin  RM150.00
First Contribution
Anon  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

351.0

Lot Telah Terbeli

134

Penyumbang

1,502

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Hamba  RM30.00
Top Contribution
Nurin  RM150.00
First Contribution
Anon  RM10.00

Kempen Lain