Mohd Nawi Mustapha dari Kampung Berlian di sini sudah 4 bulan hanya terlantar kaku di katil kerana diserang strok dan tidak mampu menggerakkan sebarang anggota badan, beliau diuruskan sepenuhnya oleh isterinya, Asleeraini Abdul Ghani yang berusia 43 tahun yang juga seorang surirumah. Suaminya hanya mampu membuka mata sahaja dan setiap kali dia memberi kata-kata semangat, hanya air mata sahaja mengalir di mata suaminya menandakan dia seakan memahami keadaan mereka sekeluarga.
Suami dia rebah secara tiba-tiba sebaik sahaja pulang ke rumah dari kerja dan tubuhnya terus lemah menyebabkan kami segera membawanya ke Hospital Tumpat.Dia kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan disahkan mengalami strok otak malah injap jantungnya juga dikesan tersumbat. Terdahulu mereka menerima kunjungan Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang hadir menyampaikan sumbangan zakat dan susu khas serta lampin pakai buang untuk kegunaan Mohd Nawi.Sebelah kanan tubuh suaminya sudah lumpuh dan doktor juga tidak dapat meramalkan sama ada keadaan Mohd Nawi akan pulih atau tidak namun dia tetap berharap akan berlaku keajaiban.Tubuh suami semakin cengkung dan hanya bergantung kepada susu khas sahaja yang diberi lima kali sehari. Setiap hari juga beliau mengurut anggota badannya dan membuat fisiologi seperti yang diajar dan jauh di sudut hati saya sangat berharap suami dapat kembali sembuh walau tidak pulih sepenuhnya sekalipun cukuplah kalau dia dapat bersuara. Asleeraini menyifatkan suaminya yang menyara keluarga sebagai mekanik adalah seorang yang kuat bekerja kerana melakukan pelbagai kerja sampingan termasuk membuat rumah bagi menampung hidup mereka sembilan beranak.
Apabila suami diuji sakit sebegitu, mereka sekeluarga terputus sumber pendapatan dan hanya mengharapkan sedekah jiran dan rakan yang datang menziarah sahaja termasuk perbelanjaan persekolahan empat anak mereka. Anak yang sulung berumur 20 tahun dan hanya bekerja kampung sahaja manakala enam yang lain masih ditanggung sepenuhnya termasuk tiga yang bersekolah di sekolah rendah serta seorang sekolah menengah.Mereka juga sedang membuat permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan diharapkan dapat kelulusan segera kerana perbelanjaan susu khas serta lampin pakai buang suami tinggi dan merisaukan.
Sekarang ni saya perlukan bantuan anak sekolah sahaja. Saya memang tak bekerja (suri rumah sepenuh masa). Saya ada dua orang anak yang sekolah menengah yang memerlukan laptop untuk belajar. Anak sulung pulak baru sahaja start bekerja minggu ni. Kerja sebagai pembaiki motor. Tukar tiub2 motor. Tu pun kena beli barang2 nak baiki juga. Dari segi keperluan asas, Alhamdulillah tak pernah terputus bekalan tapi bulan2 banyak sedikit belanja barang dapur sebab anak ramai. Dalam sebulan tu anggaran keperluan dapur dalam RM500 dan sekarang ada tertunggak bil air 2 bulan. Kami ada dapat bantuan JKM dan dapat untuk anak sekolah 4 orang. Seorang dapat RM200.