Bantuan Buat Kak Long Yang Menghidap Sawan


Bantuan Buat Kak Long Yang Menghidap Sawan


MarhaenMY - Siti Fatihah Bt Abd Ghani
Kuala Krai, Kelantan
Published: Oct 10, 2022
59.11%
RM 2,069.00 RM 3,500.00


143.1
Baki Lot Diperlukan
206.9
Lot Telah Terbeli
101
Penyumbang
2,052
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Berumur 13 tahun namun Puteri Airin Amani Azwadi dari Kampung Hulu Geh perlu diuruskan seperti bayi. Kerap diserang sawan ketika bayi menyebabkan remaja perempuan itu tidak dapat berjalan dan bercakap seperti remaja normal sejak berusia tujuh bulan. Ibunya, Siti Fatihah Abdul Ghani, 32, berkata, serangan sawan masih dialami anak sulung yang mesra disapa Kak Long itu dan setiap kali berlaku ia mengambil masa yang agak lama ada kalanya mencecah satu jam. Anaknya perlu diuruskan seperti bayi kerana tidak mampu berjalan dan bercakap. Jika inginkan apa-apa kami hanya berkomunikasi dengan bahasa isyarat sahaja contohnya kalau Kak Long sakit perut, dia akan menunjukkan perutnya sambil menangis.

 

Time bayi, keadaan Kak Long sangat kritikal dan pernah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua bulan malah saya pernah dimaklumkan doktor bahawa bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan Kak Long yang mungkin bila-bila masa saja akan 'pergi'. Terdahulu ada badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed hadir menziarah di samping menyampaikan sumbangan wang zakat. Siti Fatihah reda anak sulungnya tidak normal seperti orang lain kerana menganggap ia satu ujian buat mereka sekeluarga untuk menguji kesabaran dalam menguruskan anak istimewa. Kak Long juga pernah dibawa berurut namun hanya beberapa kali sahaja disebabkan kekangan kewangan kerana bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan hanya mencukupi untuk perbelanjaan lampin pakai buang serta keperluan Kak Long sahaja.

 

Suaminya, Azwadi Mamat, 34, hanya bekerja sebagai buruh sahaja dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan dan cukup-cukup makan untuk menyara hidup mereka lima beranak. Kami juga hidup menumpang orang tua dan selain saya lima beranak, abang ipar sekeluarga turut tinggal di sini dan keseluruhannya seramai 12 ahli keluarga. Kami berhasrat untuk mencari rumah sewa kerana enggan terus membebankan ibu mentua yang dalam usia yang sudah tua, masih perlu keluar menoreh getah dan membuat ketupat palas untuk membantu ringankan beban anak menantu. 

Read More



Updates




Update 19 / 10 / 2022

Ya, kami masih lagi memerlukan bantuan. Macam kewangan pun kami perlukan sebab sekarang ni musim hujan nak buat dan nak kerja tak boleh. Nak kena beli ubat2 dan barang2 keperluan dia.

Update 8 / 02 / 2023

Kalau ikut kewangan tu memang lah masih memerlukan kak. Buat masa sekarang ni alhamdulillah sihat. Suami masih lagi bekerja tampung duit gaji dia lah sikut2 buat beli barang2. Anak2 pun masih sekolah, bulan 3 ni nak naik darjah 1 seorang kena bayar RM280. Suami nak pergi kerja jauh2 pun payah sebab ibu suami pun dah tua dan anak dia pun sakit juga. Umur anak2 saya Airin 13 tahun, Farisa 7 tahun dan Aisah 11 bulan. Saya duduk dengan mak mertua. Kami pernah terputus bekalan makanan. Kami makan apa yang ada sahaja. Untuk anak, saya beli 2 kotak untuk satu bulan. Dalam 1 kotak tu ada 9 supik lepas tu dalam 1 supik tu ada 10 pack pampers. 10 keping pakai 3 hari. Sekarang ni lagi banyak pakai pampers sebab dia dah start datang bulan. Jadi 3 4 pack sehari kena tukar. Duit bantuan JKM yang dia dapat setiap bulan RM500 tu memang tak cukup nak tampung barang keperluan dia seorang. Saya sedih sebab saya nak kerja tolong suami tapi tak boleh. Kesian dekat anak2 kena tinggal, kalau upah jaga nanti mahal. Takut orang jaga anak kita tak sama dengan kita jaga. Dua kotak pampers dia tu RM380 belum termasuk ubat, makan pakaian dia lagi. Airin tak makan ubat cuma makan susu, ubat sawan dan ubat time sakit gigi. Sekarang saya beli minyak urut untuk dia. Satu botol RM60 kalau beli dua botol RM100. Nak jaga dia tak susah, okay je. Tapi time sawan tu je nak kena tolong dia.

Update 6 / 3 / 2023 - 5 / 05 / 23

Dana yang dapat saya beli pampers dan makanan anak saya. Resit beli pampers beli satu kotak je dulu sebab nak guna buat beli baju raya dia. Sebenarnya saya nak belikan kerusi malas untuk dia sebab kesiankan anak duduk kat rumah dengan cuaca panas. Saya nak beli tak cukup dana. Duit pun cukup2 untuk beli makan kami.

Read More



Recent Contribution
Amira  RM10.00
Top Contribution
Sinuraz  RM200.00
First Contribution
Hidayah  RM10.00

143.1

Baki Lot Diperlukan

206.9

Lot Telah Terbeli

101

Penyumbang

2,052

Pengunjung
Recent Contribution
Amira  RM10.00
Top Contribution
Sinuraz  RM200.00
First Contribution
Hidayah  RM10.00

Kempen Lain