Sudah beberapa hari Damia terpaksa berlapar dan hanya minum air dan susu kerana keadaan lidah yang semakin membengkak dan tersembul keluar. Siti Nor Hidayah Zulkepli yang berusia 37 tahun merupakan ibu kepada adik Damia. Setiap kali mengalami permasalahan berkenaan, anak sulung dari tiga beradik, Nur Qalesya Damia atau lebih mesra dengan gelaran Damia, 11, turut mengalami kesulitan untuk bertutur. Keadaan itu juga mengakibatkan Damia tidak dapat bersekolah dan kerap bercuti hingga dikhuatiri keciciran dalam pelajaran. Damia yang juga merupakan pengawas Sekolah Kebangsaan (SK) Kempas di sini mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti persekolahan dan minat dalam pembelajaran. Damia memang mengalami penyakit kelenjar sejak bayi dan pernah menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan di bahagian leher pada usia dua tahun.
Pada usia lapan tahun, lidahnya pernah tersembul keluar dengan ketara hingga menjadi perhatian media mahupun beberapa pihak. Doktor pernah mencadangkan pembedahan susulan namun kami menolak kerana Damia berdepan risiko bisu atau menghadapi komplikasi lain. Doktor menyatakan masalah kesihatannya mungkin boleh pulih sepenuhnya sekiranya dia mengambil ubat secara berterusan hingga 13 tahun namun sebagai ibu bapa apakah daya kami kerana setiap bulan ia memakan kos kira-kira RM500 hingga bekalan ubatnya kerap terputus. Keluarganya bergantung kepada pendapatan harian suaminya yang merupakan penjual air dalam balang. Menurutnya, selain Damia, mereka juga menyara anak berusia tujuh dan tiga tahun. Sebagai ibu dia sedih melihat keadaan anak saya kerana dia masih memiliki masa depan dan permasalahan dialami boleh membantutkan cita-citanya untuk menjadi doktor serta membantu pesakit.
Sebelum ini memang ada pihak yang tampil menghulurkan sumbangan secara one-off dan menziarahinya namun sehingga kini permasalahan anak tiada penyelesaian dan penderitaannya tiada kesudahan. Pada peringkat awal bekas ketua kampung Kempas, arwah Daud Salim pernah membantu dan kerap ambil berat namun selepas ketiadaannya, kami tidak mengetahui saluran bagi mendapatkan nasihat atau bantuan. Siti Nor Hidayah berkata, dia bersyukur kerana bekas guru sekolah Damia, Admi Tugiman kerap memberi semangat kepada keluarganya supaya berfikiran positif dan terus berdoa bagi kesembuhan Damia. Dia dan suaminya, Mohd Rashid Jamil yang berusia 37 tahun, berharap Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) membantu keluarganya dalam meringankan kos perubatan bulanan Damia. Siti Nor Hidayah berkata demikian ketika menerima kunjungan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Ramlee Bohani di sini, hari ini. Hadir sama, Ketua Kampung Kempas Permatang, Mukim Tebrau, Airizam Bollah. Ramlee berkata, pihaknya akan berusaha bagi membantu keluarga berkenaan merawat penyakit Damia.
Sekarang ni kami sebenarnya tengah tunggu Majlis Agama Islam untuk bagi bantuan sebab Damia sepatutnya kena buat MRI dan injection dulu di hospital. Untuk dapat bantuan tu tak tahu sebab dah pergi pejabat call dan mereka cakap kena tunggu sahaja. Sepatutya 4/10 tadi kena buat MRI. Sekarang ni kena tunggu dana cukup dan baru call doktor untuk dapatkan tarikh baru untuk MRI dan injection. Kos untuk MRI dibuat di KPJ sebanyak RM5000. Saya dan suami berniaga dan dalam sebulan kami dapat RM2000. Kami berniaga dekat dengan rumah dekat Setia Tropika, JB. Anak saya tak ada minum susu khas tapi saya bagi dia susu. Satu tin harga RM98 dan sekarang ni dia dah boleh makan dan minum sikit dah. Lidah dia membengkak makin kurang. Dalam 2 minggu boleh bertahan sebab saya bagi dia 3 kali sehari. Sekarng ni kerap start bulan 9 dengan sekarang ni kerap berulang. kami bawak dia pergi klinik doc bagi ubat dan injection untuk susutkan bengkak. Dan sekarang ni doc memang nak buat MRi untuk tengok sakit dia tu. Bila bengkak dah kurang dia boleh makan dan minum. Cuma sekarang sakit dia mudah berulang. Jalan yang terbaik memang buat masa sekarang ni MRI dan injection dulu. Sebab berulang pun doc tak berapa pasti sebab sakit dia ni sensitif dan doc tak ada cakap. Kira dia ada makan ubat dan injection juga. Dia memang sakit sejak dari lahir lagi.
Waalaikumsalam. Keadaan Damia sekarang semakin sihat dan dia dah sekolah seperti biasa. Cuma follow up injection dekat lidah di KPJ sahaja belum dapat tarikh. Saya ada beli sendiri ubat sapu yang tahan 2 minggu. Untuk kurangkan radang bawah leher Damia. Bila lidah dia membengkak dia kena ambil injection.
Sekarang ni pegi hospital cuma check up biasa dan ambil ubat sahaja. Damia ni sekarang kerap tak sihat. Minggu lepas dia punya lidah membengkak lagi sebab kami terputus ubat. Damia ada pergi sekolah tapi kalau lidah dia sakit dan bengkak dia tak sekolah. Lepas raya haritu suami niaga agak slow sikit tapi alhamdulilah masih ada je rezeki. Cuma sekarang ni kalau berniaga dari pagi sampai petang pun nak dapat RM100 pun susah. Tu suami berniaga masuk pasar malam. Tapi pasar malam 3 hari seminggu sahaja. Kami sebenarya nak cari orang yang sudi untuk bantu untuk ubat damia jer sekarang ni sebab kalau dia terputus ubat dia kerap sakit. Rumah sewa, bil api air ada tertunggak, kadang tak tahu nak pusing mana dah duit. Kereta pun dah 3 bulan tak bayar. Rumah sewa RM600 sebulan dah tertunggak 2 bulan. Damia kalau tidur je memang lidah dia terkeluar. JKM ada dapat sekali je dia bagi lepas tu tak bagi dah.