Tiada apa diharapkan seorang wanita iaitu Sakila Ahmad Shamsuri yang berusia 39 tahun melainkan dapat berjalan semula selepas menghidap penyakit bengkak pada kaki kirinya dikenali penyakit kaki gajah atau lymphatic filariasis sejak empat tahun lalu. Penyakit itu menyebabkan kakinya membengkak dan kini mencapai berat kira-kira 80 hingga 85 kilogram dengan ukur lilit 30 sentimeter. Penyakit itu menyebabkannya tidak dapat bergerak seperti orang lain sebaliknya hanya duduk di rumah dan berharap ada pihak sudi membantunya menjalani pembedahan. Dia tidak tahu punca penyakit tersebut namun bermula selepas dia mengalami demam dan timbul bintik-bintik kecil yang merah dan panas pada kakinya. Katanya, pemeriksaan di hospital mengesahkan penyakit itu bukan berpunca daripada gigitan nyamuk. Doktor sendiri pun pelik mengapa kaki boleh membengkak sebesar ini dalam tempoh yang singkat, dalam masa empat tahun sahaja kaki boleh mencecah 80 hingga 85 kilogram. Menurut doktor, kebanyakan pesakit kaki gajah mengambil masa berbelas tahun untuk membesar hingga mencapai saiz seperti ini.
Sebelum ini, dia menjalani rawatan penyakitnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun terhenti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19. Katanya, kini dia menjalani rawatan di Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur. aya akan menjalani pembedahan di PPUM pada bulan ini. Sepatutnya pembedahan pada 22 September lalu namun disebabkan tekanan darah saya naik, pembedahan ditangguh dan dijadualkan semula pada 17 Oktober depan selepas pemeriksaan jantung. Sakila kini yang dijaga oleh kakaknya berharap ada pihak sanggup membantu membuat tandas di rumahnya kerana tandas yang ada bersaiz kecil dan tidak selesa. Kalau boleh nak minta buatkan tandas duduk kerana saya memang memerlukannya. Dia juga mengharapkan ada pihak yang sudi memberi sumbangan untuk dia menjalani pembedahan dan kos membeli lampin pakai buang yang amat diperlukan selepas dia menjalani pembedahan nanti. Dia dapat bantuan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan tetapi jumlah itu memang tak cukup untuk menampung keperluan harian saya dan rawatan.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.