MENCARI DANA UNTUK BANTU RAWATAN CANCER RAHIM IBU SAYA


MENCARI DANA UNTUK BANTU RAWATAN CANCER RAHIM IBU SAYA


MarhaenMY - Wahyu dwisaputra b D Demy hs
Johor Bahru, Johor
Published: Oct 11, 2022
70.5%
RM 1,410.00 RM 2,000.00


59.0
Baki Lot Diperlukan
141.0
Lot Telah Terbeli
49
Penyumbang
1,228
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
200 Lot Ditawarkan

Salam, saya memerlukan bantuan untuk rawatan mak saya yang menghidap cyst dan akan menjalani pembedahan. Mak saya dijadualkan untuk operate pada (28 / 09 / 2022) pukul 10 pagi. Tapi doktor call suruh masuk awal (27 / 09 / 2022 ) mak saya da admit. Pembedahan mak ada bayaran tapi tak mahal sebab hospital kerajaan cuma saya risau kos selepas pembedahan kena jaga elok2. Saya cari duit untuk rawatan sampingan sebelum saya dapat gaji. Saya masih bujang, belum berkahwin dan menanggung family saya. Saya bekerja sebagai promoter kat Farmasi Johor promot makanan kesihatan. Gaji bersih kadang boleh dapat RM2000 lebih sikit tapi sebab bulan ni duit hilang tu saya tak boleh rolling semua nak bayar sewa dan rawatan mak. Duit saya hilang sebanyak RM1278 tu disebabkan saya dimasukkan dalam group telegram dan saya tertekan link. Duit itulah untuk perbelanjaan saya untuk bulan ni dan juga kos-kos rawatan mak saya. Saya ada 6 beradik dan saya anak lelaki sulung pertama. Dua kakak saya dan adik bawah saya seorang (lelaki) sudah berkahwin dan 2 orang adik perempuan belum dan tinggal dengan family. Saya minta bantuan ni pun just untuk bayar sewa rumah dan kos rawatan mak dan penjagaan lepas pembedahan mak saya. Saya dah buntu nak cari duit balik sebab amount yang hilang tu banyak. Bil api air pun tak berbayar lagi sampai saya tak boleh fokus kerja. Tapi adik saya dah bantu bayarkan bil-bil api air dulu sebab dia takut kena potong.

Ayah saya dah tak bekerja. Sebelum ni dia pernah kerja kilang kayu. Sekarang adik saya no 5 bekerja di kedai makan dan gaji hari dalam sehari RM30. Kadang dia bantu beli barang keperluan makanan dan saya lebih kepada bayar bil2 dan sewa. Sewa rumah kami sebulan RM650. Mak saya ada buat rawatan checkup dekat hospital dan 3 atau 4 kali kena pergi hospital Segamat dan Klinik Kesihatan Labis. Kadang yang hantar mak pergi checkup tu ayah tak pun adik saya no 5. Haritu mak saya ada masuk wad masa hari raya. Mak saya dah lama sakit dah 2 tahun juga cuma betul2 rajin checkup tahun ni sebab cyst makin membesar. Saya tak ada minta mana-mana bantuan dan kami cuma dapat bantuan BRIM kerajaan sahaja. Mak saya ada juga penyakit lain macam kencing manis dan darah tinggi. Sekarang mak saya kena ulang alik ke hospital seminggu dalam 2 3 kali. Mak saya kena makan ubat dan susu untuk turunkan gula dia.

Read More



Updates




Update 27 / 01 / 2023

Alhmdulilah ibu saya dah orperation pada 8/12 hari tu. Operation berjaya untuk keluarkan ketulan tersebut. Ni dia masih di rumah berehat sebab tak boleh buat kerja sangat. Luka mengambil masa untuk sembuh sempurna sebab tempat operation tersebut besar. Kami menggunakan duit bantuan untuk beli barangan untuk ibu. Cth pembelian barang³ selepas operation, barang² untuk cuci luka , kos makan, kos minyak ulang alik ke hospitla serta klinik untuk rawatan susulan. Dana dari pihak marhaen sangat3 lah membantu saya ketika saya memerlukan kos2 sampingan untuk rawatan ibu saya.

Saya masih memerlukan dana sebab ibu saya pun maih perlukan rawatn susulan ke klinik kesihatan terdekat. Mungkin kos pun untuk pengangkutan dan lain². Saya masih lagi bekerja dan yang jaga ibu saya ialah ayah dan adik. Kalau tak bekerja komitment banyak. Hari tu pun dah ambil leave sampai 2 minggu. Sekarang ni luka ibu da makin sembuh dan kering, jadi lagi beberapa bulan baru jumpa doktor semula. Selalu adik yang hantar ibu pergi rawatan. Jarak rumah ke hospital dalam 20 - 25 minit itu pun kalau tak jammed.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Fatin  RM10.00
Top Contribution
Ih  RM200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

59.0

Baki Lot Diperlukan

141.0

Lot Telah Terbeli

49

Penyumbang

1,228

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Fatin  RM10.00
Top Contribution
Ih  RM200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00