Bantuan Sara Hidup Buat Alia Sementara Selepas Suami Dipenjarakan


Bantuan Sara Hidup Buat Alia Sementara Selepas Suami Dipenjarakan


MarhaenMY - nur alia binti che romeli
Permaisuri, Terengganu
Published: Oct 20, 2022
44%
RM 440.00 RM 1,000.00


56.0
Baki Lot Diperlukan
44.0
Lot Telah Terbeli
14
Penyumbang
663
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
100 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, nama saya Alia dari Terengganu. Saya merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak berusia 3 tahun dan 10 bulan. Saya hidup dengan mak(balu) bersama anak-anak sahaja kerana suami saya di penjara selama 7 tahun tahun bersamaan 3 sebatan atas kes 39c(2) penagih dadah. Saya dan suami dah berkahwin selama 1 tahun, sebelum ni saya pernah berkahwin lain. Sekarang ini saya hanya bekerja sebagai pelayan di kedai makan dengan anggaran pendapatan yang tidak menentu, anggaran pendapatan sebulan hanyalah RM1000 sahaja. Sehari RM40, kadang RM45 dan kalau ramai customer RM45. Saya tak pernah bekerja sebelum sebab saya suri rumah tangga sepenuh masa. Sebelum suami kena tangkap dia kerja sebagai operator kilang. Kerana diserang astma, bila astma datang saya tak boleh datang kerja kerana memudaratkan saya untuk berkerja, saya ada penyakit astma yang sangat teruk dan pernah masuk icu 3 kali, pernah dalam pantang sekali masuk icu. Sekarang saya ada susulan rawatan jumpa doktor setiap 3 bulan sekali. Saya kena tukar ubat asma dalam sebulan sekali dan saya selalu pergi klinik/hospital dekat klinik Permaisuri, Setiau. Saya perlu menanggung lagi dua anak yang masih mengunakan pampers dan minum susu tepung. Sepanjang saya bekerja saya hantar anak-anak kepada pengasuh dengan bayaran RM700 sebulan. Jadi gaji saya cukup2 je bayar pengasuh. Walaupun saya tinggal dengan mak tapi mak tak nak jaga cucu dia. Mak saya umur 47 tahun, dia muda lagi dan saya dah mintak dijaga tapi dia tak nak, dia cakap tak nak jaga budak jadi saya tak nak paksa dia sebab ada anak lain bagi dia duit.

Saya amat memerlukan bantuan untuk anak-anak dan mak yang tidak boleh bekerja. Kalau saya tak cukup duit untuk keperluan anak, saya pinjam duit dengan adik yang dah kahwin. Sebelum ni saya suri rumah tangga sepenuh masa. Saya ada 6 orang adik beradik (3 perempuan dan 3 lelaki). Abang sulung OKU (27 tahun pernah accident), no 2 (26 tahun masih belajar dan duduk asing), no 3 (23 tahun saya), no 4 (22 tahun sudah berkahwin dan duduk asing), no 5 (20 tahun sudah bekerja) dan no 6 (14 tahun). Keperluan asas saya beli sebulan untuk anak-anak. Yang sulung RM190 (pampers 2 pack, susu 6 pack), yang ke 2 RM243 ( 3 pack, susu 6 pack) dan barang dapur anggaran RM400. Anak-anak saya guna susu Dupro dengan Fernleaf. Saya tak pernah dapat mana-mana bantuan sebelum ni. Mak saya pun tak ada dapat bantuan tapi abang sulung yang OKU ada dapat bantuan JKM RM300 sebulan. Bulan lepas tunggakkan bil api RM800 lebih tapi dah bayar RM300 dan bulan ni air dah potong tunggakan RM800, dah bayar RM400 lagi balance RM400 kena settle sebab saya gaji minggu. Untuk bil-bil ni saya dan adik yang dah kahwin yang bayar sama2. Saya berharap sangat tuan dan puan boleh bantu saya. Terima kasih.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Maz  RM190.00
First Contribution
Siti  RM20.00

56.0

Baki Lot Diperlukan

44.0

Lot Telah Terbeli

14

Penyumbang

663

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Maz  RM190.00
First Contribution
Siti  RM20.00

Kempen Lain