Assalammualaikum. Saya Mimi berasal dari Pahang. Saya mempunyai 3 orang anak berusia (8 tahun, 5 tahun, 1 tahun) dan saya suri rumah sepenuh masa. Saya ingin memohon bantuan untuk meringankan beban suami saya yang hanya berkerja kilang dan gaji suami saya hanya lah RM1500 sebulan. Gaji suami hanya cukup-cukup makan untuk kami kalau belum tolak bil api air, sewa rumah dan keperluan anak dan barang dapur. Kadang kami terpaksa melewatkan pembayaran sewa rumah kerana tak mencukupi. Sewa rumah sebulan RM400 dan tuan rumah selalu datang rumah sahaja untuk kutip sewa rumah. Sewa rumah ada tunggakan bulan 9. Kadang saya terpaksa pinjam dengan adik beradik untuk tambah buat bayar sewa. Jadi segan jugak nak mintak tolong dengan adik2, saya nak berkerja tapi fikirkan anak2 tak ada orang nak uruskan lagi2 yang kecik sekali. Kadang suami saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana anak bongsu saya selalu tidak sihat dan ulang alik ke hospital HTAA.
Suami juga kena uruskan anak yang sulung untuk ke sekolah dan jaga anak no 2 sementara saya urusakan anak yang bongsu dihospital. Paling kerap anak bongsu masuk hospital sebab demam panas sampai kena sawan sepanjang tahun ni memang kerap masuk hospital. Minggu lepas baru keluar hospital sebab paru2 ada kuman dan nafas laju. Kalau kat hospital doktor cuma bagi oksigen sahaja kalau balik doktor bagi ubat antibiotik. Keperluan asas sebulan kadang tak cukup sampai hujung bulan. Anak bongsu saya masih memerlukan pampers dan susu. Anak guna pampers saiz L dan susu loctogen dan pampers jenama Latos paling murah. Sebulan anak guna 2 packet, macam barang dapur dalam RM300 dan anak2 punya keperluan RM400 termasuk keperluan sekolah dan harian, bil api air termasuk sewa RM550. Saya tak pernah memohon mana-mana bantuan JKM atau Zakat cuma dapat BKM sahaja , dan saya harap tuan puan sudi membantu saya dan suami. Terima kasih.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.