Isteri Menjadi Tunjang Utama Apabila Suami Menghidap Sakit Tibial Spine Fracture Pada 2019


Isteri Menjadi Tunjang Utama Apabila Suami Menghidap Sakit Tibial Spine Fracture Pada 2019


MarhaenMY - Mohd Hidayat Kim bin Abdullah
Lumut, Perak
Published: Oct 24, 2022
55.86%
RM 1,965.00 RM 3,500.00


154.5
Baki Lot Diperlukan
196.5
Lot Telah Terbeli
108
Penyumbang
1,777
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Seorang isteri terpaksa bekerja demi menanggung keluarga apabila suaminya hilang upaya untuk mencari rezeki buat mereka empat beranak. Isterinya iaitu Rosmaria yang berusia 44 tahun itu menyatakan suaminya, Mohd. Hidayat Kim Abdullah, 56 , disahkan menghidap tibial spine fracture pada tahun 2019, yang menyebabkan lelaki tersebut tidak boleh berjalan.Penyakit itu membuatkan suaminya tidak boleh berdiri dan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk pergerakan selama hampir tiga tahun. Baru-baru ini suami sudah boleh bergerak walaupun terbatas, namun dia tetap memerlukan bantuan untuk me­lakukan perkara lain seperti ke tandas dan naik ke atas katil.
 

Dua anak mereka yang masing-ma­sing berusia 14 dan 11 tahun turut membantu dalam menguruskan bapa mereka dan ia meringankan beban ditanggung.  Sejak suaminya hilang pekerjaan, dia menggalas tugas mencari rezeki buat keluarga dan pekerjaan terkininya adalah sebagai pembantu kantin dengan gaji RM900 sebulan di sebuah sekolah di sini. Bagaimanapun, saya sudah dua bulan tidak dapat bekerja kerana diri sendiri menghidap paru-paru berair yang menyebabkan saya terpaksa bergantung harap kepada ubat-ubatan. Bernasib baik, mereka menerima bantuan Baitulmal yang sedikit sebanyak membolehkan sekeluarga terus tinggal di sini selain membeli barangan keperluan. Cerita Rosmaria, untuk ke hospital bagi rawatan fisioterapi suami, mereka terpaksa mengharapkan bantuan ibu bapa Mohd. Hidayat Kim kerana ke­dua-dua mereka tidak mampu untuk membawa kenderaan. Suami beliau ada menyatakan dia kecewa kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya ekoran penyakitnya itu, namun tetap bersyukur kerana masih mempunyai kekuatan untuk bergerak tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga. Mohd. Hidayat telah menerima Faedah Bantuan Ilat bernilai RM654.98 pada tahun 2020.

 

Updated 13 / 12 / 2022

Keadaan suami saya dalam keadaan macam biasa. Saya haritu bulan 11 (14/11/22) pernah masuk wad kerana suspek buah pinggang infection. Insya'Allah jika tiada masalah saya boleh balik keesokkan harinya (15/12/22). Saya pun tak tahu macam mana boleh dapat. Nak kena tunggu appointment untuk buat ct scan lebih jelas. Saya masa tu sakit dah seminggu dan tak tahan sakit terus call 999. Duit last masuk bulan lepas dari Baitulmal cover bayar duit sewa dan bill lain. Baitulmal dapat RM700 dan untuk bantuan ilat tu dapat sekali sahaja. Saya pulak sudah 4 bulan tak bekerja. Anak2 saya masih pergi sekolah. Sementara saya tak kerja, kami makan apa yang ada. Last makan bihun goreng. Alhamdulillah, dana daripada MarhaenMY ada bantu untuk perbelanjaan makan kami. Untuk rumah sewa pulak 2 bulan tertunggak.

 

Update 3 / 01 / 2023

Saya dah mula start bekerja sebagai pembantu kantin sekolah.

Read More



Updates




UPDATE 26/01/2023:

Buat masa sekarang kami masih tinggl di Bkt Permata Apartment dan suami masih tidak berapa sihat dan saya yang menjaganya. Dan untuk menjaga pendapatan yang lebih , saya terpaksa meninggalkan suami dan  berkerja as pembantu kantin. Buat masa sekarang rawatan fisio tergendala disebabkan tiada transport nak pergi ke hospital dan kos ulang alik naik grab juga agak mahal. Pergi balik makan kos dalam RM20-RM40 dan kami tidak mampu sama sekali. Selain itu , bantuan Baitulmal juga kami masih dapat, makanan dan keperluan mencukupi macam biasa.


Cumanya sekarang suami masih tidak kuat dan sihat,  pinggang masih tak kuat nak berjalan dan berdiri lama. Saya terpaksa pakaikan suami pampers kalau saya keluar bekerja sebab takut dia nak ke tandas and tiada siapa pantau. Tiada follow up doktor. Buat masa sekarang sekolah anak anak okay sebab haritu dapat bantuan kerajaan untuk persekolahan anak anak. Ringan sikit beban saya. 

Read More



Recent Contribution
Na  RM10.00
Top Contribution
Hamba  RM120.00
First Contribution
Norizan  RM10.00

154.5

Baki Lot Diperlukan

196.5

Lot Telah Terbeli

108

Penyumbang

1,777

Pengunjung
Recent Contribution
Na  RM10.00
Top Contribution
Hamba  RM120.00
First Contribution
Norizan  RM10.00

Kempen Lain