Assalamualaikum. Saya Suhada, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 1 tahun 3 bulan. Kami tinggal dekat Kampung Tengah Tambahan Mrr2. Saya memerlukan bantuan selepas suami saya baru memulakan pekerjaan semula pada bulan ini akibat kemalangan langgar lari dalam masa sama anak ada masalah paru paru dan perlukan rawatan setiap bulan di hospital HTA. Kami terjejas akibat melangsaikan tunggakan rumah sewa selama 2 bulan, bil api, air serta baiki kerosakkan motor akibat kemalangan. Sebelum kemalangan suami buat rider motor grab dan biasa dapat sehari RM40 - RM50. Masa kemalangan tu tulang kaki suami sahaja retak yang lain luka luka sebab dia pengsan. Suami tak ada buat report polis sebab masa tu dah jauh malam tambah anak pulak sakit masa tu. Sekarang suami dah sembuh dan dia dah dapat kerja lain iaitu bahagian turunkan barang dari kontena dekat Cheras Surplus. Suami pergi kerja naik motor. Gaji suami basic RM1200 belum masuk OT.
Anak sakit sejak umur 3 bulan. Setiap bulan anak mendapatkan rawatan kat hospital HTA hospital Tungku Azizah Ward 10D. Untuk appointment pulak dekat tingkat 3, wad tingkat 10. Masuk ward bila doc pakar suruh. Bulan nih masuk ward 19/10, bulan depan masuk ward 27/11. Bayaran hospital tak menentu, bila discaj kadang RM120 / RM130. Saya selalu naik grab sebab suami tak boleh minta cuti. Saya naik grab selalu kena bayar dalam RM15 - RM20. Bila pagi RM15 tapi bila balik petang jem dia cas RM20. Tak tentu juga. Selalu anak akan kena admit dalam 2 / 3 hari, ikut doc pakar. Kalau dia cakap 2 hari dua hari kene admit ward tapi selalu 3 hari. Kami ada tunggakan rumah sewa RM650 (2 bulan) dan bil api selepas suami tak dapat bekerja lepas dia accident. Saya pulak tak minta mana2 bantuan tapi ada haritu orang cakap dari MISI nak datang ambik gambar tapi tak ada terus senyap.
1. Boleh tahu bila duit last masuk dalam account puan? Tak termasuk dana daripada MarhaenMY.
Duit last maksudnya macam mana ya. Last duit masuk dalam account daripada MarhaenMY RM157.50
2. Dengan keadaan kewangan yang sedia ada sekarang ni, family makan apa untuk survive? Apa makanan last yang family makan? Dana yang dapat daripada MarhaenMY dapat membantu meringankan beban tuan/puan sekeluarga tak?
Dengan bantuan marhaen saya dapat pergi uruskan rawatan anak dihospital. Dengan bantuan marhaen juga saya dapat beli sedikit keperluan anak serta ubat ubatan. Barang dapur saya selalu standby beras, telur ,kicap, ikan masin, maggie kari.
Suami dah start bekerja. Duit yang masuk ke bank RM1000 dan untuk bayar sewa rumah, api & air. Gaji suami untuk keperluan rumah bayar mana yang penting dan dana daripada marhaen tu saya guna untuk keperluan anak. Gajinya bulan ni dia repair motor sebab break rosak. Tunggakan kami buat masa sekarang tinggal rumah lagi 1bulan. Suami bayar semua sekali gaji bulan depan katanya. Yang lain semua dah bayar.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.