Remaja Berusia 14 Tahun Menderita Tulang Belakang Membengkok


Remaja Berusia 14 Tahun Menderita Tulang Belakang Membengkok


MarhaenMY - Nurul Waheed Binti Hamzah
Batu Caves, Selangor
Published: Nov 14, 2022
69.98%
RM 7,028.00 RM 10,000.00


300.2
Baki Lot Diperlukan
702.8
Lot Telah Terbeli
295
Penyumbang
6,010
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Pada tahun Nov 2019 anak perempuan saya kerap saya kene serangan Asam & one day saya ke hospital selayang than doktor ade check beliau sebab agak pelik saluran pernafasan beliau agak sempit berbanding orang normal than doktor suruh buat xray .. than kat situ baru saya tahu punca utama kerap kena serangan asma adalah tulang belakang membengkok (scoliosis) & tutup sedikit saluran pernafasan beliau.. Oleh itu doktor ada saranan kn beliau untuk buat rawatan susulan (fisio) di hospital sg buloh, tetapi disebabkan pada tahun 2020 Pandemik Covid (PKP) yg dijalan tak tak boleh terus kan rawatan susulan disebabkan hospital sg buloh salah satu pusat quarantin Covid. Saya pon takda follow up mana2 tempat.

 

Pada tahun Awal 2021 saya tgk nampak tulang belakang anak saya agak ketara & saya cuba bawak kehospital & xray untuk lebih details alangkan terkjut nya saya tulang belakang anak saya lebih menbengkok lebih teruk anggaran 62.2 degre berbanding sebelom ini tak silap saya dalam 25-30 degre mcmtu. Doktor suggestion untuk buat operation tulang belakang dengan aggaran kos tinggi ,  saya cuba iktiar dengan kaedah fisio & urutan. Pada June 2021 saya follow up & xray & dengan kaedah yg saya lalukan alhamdulilah degre anak saya makin berkurangan dari 62.2 turun kepada 51 degree alangkan terkejut nya & doktor saranan supaya anak saya teruskan rawatan yang saya lakukan terhadap anak saya.

 

Pada Sept 2022 saya follow up & xray lagi dan dengan kaedah yg saya lalukan alhamdulilah degre anak saya makin lagi berkurangan dari 51 degre ke 46.4 degre than doktor trus suggest untuk pemakaian Brace ini disebabkan tulang perempuan matang pada umur 17 tahun. Anak saya masih ade harapan & peluang untuk pulih disebab beliau seorang perempuan , risiko kalau melakukan operation amatla tinggi.  Saya memohon agar pihak cik dapat meringankan beban saya untuk pemasangab brace anak saya ini

Read More



Updates




Update 17 / 01 / 2023

Sekarang masih jalani rawatan fisio sebab budget belum mencukupi untuk pemasangan brace 🥺 . Rawatan fisio 1 sesi RM60, saya hantar di Taman Melawati. Sebelum ni pernah buat fisio di kerajaan tapi masa susah sikit sebab anak sekolah. Biasa dorang buat rawatan weekdays dan juga biasa saya buat rawatan seminggu 1 kali macam tu. Saya akan hantar anak naik kereta tapi kadang dia pergi dengan nenek dia naik grab. Kalau naik grab anggaran dalam RM30 - RM40. Anak masih pergi sekolah sebab sekarang dia ada exam. Dari segi kewangan susah jugak nak bagi tahu kadang okay kadang kurang jugak ni anak2 nak sekolah lagi. Suami kerja sebagai despatch & pembantu stor. Gaji dia dalam RM2600. Saya memang tak bekerja. Selama ni tak pernah lagi terputus bekalan makanan. Cuma tu la saya kalau boleh nak buat pemasangan brace tu untuk Qistina tapi insyallah masih juga dalam usaha kumpul duit. Tulang belakang dia belah kanan tu masih lagi membengkok. Kami duduk rumah sewa dan sewa rumah ada juga tunggakan dalam 1 bulan macam tu tapi ada bagi tau tuan rumah. Bil2 alhamdulilah okay. Sebulan rumah sewa kami RM680.

Update 13 / 02 / 23

Saya ada masuk group facebook Scoliosis Support Malaysia dan ramai yang membantu saya untuk kuat. Brace saya kena beli sendiri dan ada dua tempat boleh buat tempahan. Brace kena tempah ikut ukuran badan sebab brace biasa kami follow dari surat doc yang sebelum ni doc bagi tu, than dah ke tempat tempahan tersebut tu pihak hospital ada bagi sebut harga. Ukuran brace ikut pada degree / bengkok tulang belakang, tak boleh beli dekat luar. Sebab tu harga agak mahal. Kena buat tempahan dulu ikut ukuran lilitan tulang belakang. Biasa kalau brace scoliosis dia akan ukur ikut lilitan degre  (sengget tulang belakang) sebelum membuat tempahan. Kalau scoliosis individu tersebut bentuk C / S samada belah kiri / kanan than berapa degre dia. Lepas tu 4/6 bulan skali kena follow up untuk tengok reduce degree tersebut.

Read More



Recent Contribution
Zulkifli  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM160.00
First Contribution
Zul  RM10.00

300.2

Baki Lot Diperlukan

702.8

Lot Telah Terbeli

295

Penyumbang

6,010

Pengunjung
Recent Contribution
Zulkifli  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM160.00
First Contribution
Zul  RM10.00

Kempen Lain