Assalamualaikum warga marhaen. Di sini saya dengan rasa rendah hati ingin memohon bantuan untuk anak saya yang berusia 5 tahun dan menghidap asma yang kronik. Semalam anak saya baru sahaja dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan kerana serangan asma. Anak saya asma da lama semenjak dia umur 8 bulan lagi. Hampir setiap bulan anak saya terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Anak saya dapatkan rawatan di Hospital Sri Aman. Maka di sini saya ingin mohon bantuan semua supaya anak saya dapat mempunyai mesin nap untuk kegunaan sendiri di rumah seperti yang disyorkan oleh doktor. Dengan mesin nap sendiri, sekurang2nya dia dapat menjalani persekolahan dan aktiviti seperti kanak2 lain. Bantuan daripada semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Bantulah anak saya ini untuk mendapatkan mesin nap sendiri. Anak ada pergi checkup hospital, kalau ikutkan 3 bulan sekali bertemu pakar tapi anak saya ni dalam sebulan 2 3 kali kena asma dan masuk hospital.
Mak ayah saya masih ada dan suami pun masih ada belum berpisah. Sekarang suami ada bersama saya. Rumah sewa sekarang tempat suami saya bekerja di pasar. Kami sewa bilik sahaja. Sewa kami ni RM150 sebulan dan saya dengan suami sama2 bayar duit sewa. Suami saya cuma kerja buruh dekat sekolah dan kerja tak tentu. Kalau ada kerja ada gaji dan kalau tak ada tak ada gaji. Gaji suami dalam RM40 sehari. Saya pulak meniaga cucur. Saya dapat menyewa stall untuk saya jual rojak buah, rojak ayam, pisang goreng, keladi goreng dan cucur sayur. Anak saya bersekolah tadika. Saya sudah berkahwin pada tahun 2017 tetapi dulu kami mengalami masalah dalam perkahwinan saya. Saya belum mengambil apa2 tindakan dan begitu juga suami saya sebab perkahwinan kami tidak direstui oleh ibu mertua saya. Dengan menyewa stall (sewa RM150 sebulan) untuk berniaga saya boleh membawa anak saya bersama ketika berniaga. Cuma saya memerlukan bantuan modal untuk modal pusingan harian dan perkakas berniaga. Saya mula bekerja selepas saya berpisah sementara dengan suami saya haritu.
Sebelum ini saya bekerja sebagai pembantu kedai tetapi disebabkan kesukaran untuk meninggalkan anak saya yang masih kecil, sukar untuk saya terus bekerja dan tiada orang untuk menjaga anak saya ketika saya bekerja. Sekarang saya mendapat peluang untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan membuka gerai menjual cucur. Saya juga akan ambil anak saya pergi dan balik sekolah. Jadi saya akan berniaga selepas hantar anak sekolah pagi sehingga 8-9 malam. Saya berniaga dekat kedai makan tak jauh dari bilik sewa iaitu di Viva Foodcourt. Dan dengan berniaga, saya boleh mencari rezeki dan tidak perlu meninggalkan anak saya untuk bekerja. Jika mendapat modal tambahan saya boleh menambahkan lagi menu untuk menambah jumlah pendapatan. Pendapatan saya sekarang hanya cukup untuk menampung bayaran sewa bilik dan modal pusingan harian. Jumlah jualan sehari lebih kurang RM80 - RM90 sehari. Keperluan asas saya hanya mampu seadanya. Saya dan anak makan apa yang saya jual sahaja dan tiada duit lebih untuk perbelanjaan. Di sini saya memohon bantuan modal untuk saya memulakan perniagaan saya dan membeli peralatan yang diperlukan supaya saya boleh berdikari dan membesarkan anak saya. Sumbangan daripada anda semua akan banyak mempermudahkan urusan saya dan saya doakan urusan anda juga dipermudahkan Allah.
Antara perkakas yang saya perlukan ialah :
- kuali untuk menggoreng (saya hanya ada 1 kuali)
- periuk kuah
- tray untuk display jualan
- dapur dengan 2 burner
- peralatan lain seperti penyepit makanan, senduk dan pisau
Keadaan anak saya masih macam biasa dan masih memerlukan bantuan. Kalau dari segi perniagaan juga saya perlukan bantuan sebab saya sudah bertukar kepada roti canai. Memandangkan di kawasan saya sangat sukar dapatkan minyak subsidi, nak goreng2 sangat banyak gunakan minyak masak dan saya perlukan alat pengadun tepung. Kalau 2,3 kilo boleh saya pakai tangan, kalau 4 kilo ke atas, tangan saya tak kuat. Suami saya pun berniaga sekali dengan saya. Kami hari2 berniaga, kadang2 ada lah jualan dapat RM40 lepas tolak modal. Dana sebelum ni saya guna untuk beli pekakas untuk berjual dan beli ubat anak saya. Alhamdulilah buat masa sekarang makan minum semua okay. Anak sekolah dah turun sekolah baru start jual. Tapi ada lah sesekali bajet tak mencukupi nak beli barang2 dapur tipu lah kalau saya cakap tak ada kurang.