Seorang wanita warga emas yang hanya berstatus ibu angkat beruntung kerana dijaga sepasang suami isteri di Kampung Padang Salim, Kuala Muda di sini sejak dua tahun lalu. Maimunah Haron yang berusia 67 tahun berkata, dia bersyukur kerana anak angkatnya, Ridwan Noorli, 39, dan pasangannya, Noraini Saad, 37, sanggup menjaganya walaupun mengalami masalah kesihatan dan hidup serba kekurangan. Ridwan iaitu anak angkat yang dijaga sejak kecil sanggup menjaga saya yang menghidap jantung, buah pinggang, diabetes dan angin ahmar. Akibat serangan angin ahmar, sebelah kiri badan saya tidak boleh bergerak dan perlu dipapah ke bilik air.
Mereka juga yang menyediakan makan minum. Menurut Maimunah, segala keperluan hariannya disediakan pasangan tersebut yang turut tinggal sebumbung. Sebelum ini, Ridwan bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan tidak seberapa. “Sejak dia (Ridwan) tidak boleh buat kerja berat dan kerap letih kerana diabetes, kami sering mengalami masalah kewangan kerana tiada pendapatan.
Maimunah berkata, bagi mencari wang tambahan, Noraini menjual jagung di hadapan rumah selain menjaja di sekitar Kuala Muda dan Penaga, Pulau Pinang setiap hari. Dengan pendapatan RM20 sehari dapatlah kami sekeluarga meneruskan hidup. Duit zakat RM200 pula sekadar cukup untuk berulang-alik dua kali ke hospital. Ujar Maimunah, dia memerlukan sebuah bilik yang dilengkapi tandas untuk memudahkannya ke bilik air. Saya kerap berulang ke tandas kerana tidak memakai lampin pakai buang sebab tak mampu,.
Kami masih lagi kurang dari segi kewangan. Kalau dari segi makanan kami ada sumber yang berikan tiap bulan. Ambik barang dapur sebulan sekali RM100. Maksudnya kami dapat bantuan sebulan RM100 untuk ambik barang kadang saya ambik sikit barang duit lebih beli barang saya guna untuk anak sekolah kepeluan lain. Yang tolong kami ni rumah cikgu ghani harun, dia dulu cikgu dengan isteri dia dan memang buat amal bantu asnaf dengan anak yatim. RM100 apa sangat boleh beli. Kalau terputus bekalan pun dah banyak kali. Kadang putus bekalan tak lama dalam sehari dua macam tu dan pernah lama sampai 2 minggu kita orang pinjam merata, dapat duit kita orang bayar balik. Suami sekarang hanya kerja kampung sebab dia ada kencing manis yang tinggi dan jari dia keras sebab luka teruk. Masa tu hampir kena potong.tapi suami tak mahu. Suami pernah pergi check hospital masa tu teruk sangat dan dia orang hampir potong tapi dia bagi alasan nak balik dulu sebab dia tak nak kena potong. Kami cuba ikhtiar kampung sampai lega tapi dia jadi keras bengkok ibu jari.
Gaji suami tak menentu ikut dari upahan. Kadang mesin rumput dapat RM30 bahagi 2 sebab mesin rumput orang punya. Kadang cuci perahu bot orang, orang bagi upah kadang RM40 kadang dapat RM60 tapi bukan selalu ada. Nasib la kalau ada rezeki orang panggil. Dia larat ambik upah sahaja. Saya ada anak seorang dan darjah 2 sekarang. Kami juga menjaga seorang anak yatim (13 tahun) yang ibu dia tinggalkan bersama kami. Anak yatim ni kami ambik masa kecik lagi, ibu dia bagi masa tu suruh mengasuh tapi akhirnya dia tinggalkan terus anak dia. Dua2 anak saya ni bersekolah. Cuma saya risau yuran sekolah anak sebab kena bayar kafa Keperluan sekolah kadang ada bantuan sekolah. Ibu angkat saya pulak boleh jalan dalam 10 langkah boleh lagi tapi tak boleh berdiri lama nak terduduk sebab sakit pinggang dia cakap tak tahan berdiri lama. Dia kena pergi checkup tapi kita orang dah tak bawa sebab kadang ada temu janji kereta ada masalah. Selalu kereta rosak jadi kami tak pergi dah. Mak pun tak nak pergi mak kata susah nak ulang selalu. Jadi mak cakap mak ak mkan ubat farmasi sahaja. Dia makan ubat darah tinggi dan kolestrol. Sepapan RM7 dan kolestrol RM9 dan sepapan tahan 10 hari.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.