Suami Berkorban Menjaga Isteri Selepas Diserang Angin Ahmar


Suami Berkorban Menjaga Isteri Selepas Diserang Angin Ahmar


MarhaenMY - Mohamad Azari bin Marjono
Shah Alam, Selangor
Published: Nov 20, 2022
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
135
Penyumbang
2,026
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Lima bulan terlantar akibat diserang penyakit angin ahmar, namun Anizahanum Hashim, 53, tidak keseorangan apabila dia mendapat sokongan daripada suami yang setia di sisi menjaganya. Malah, Mohd. Azari Marjono, 48, sanggup berhenti kerja sebagai buruh binaan demi memastikan keperluan isterinya terjaga. Menurut Mohd. Azari, sebelum ini, dia menerima pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan selain dibantu isteri yang bekerja butik di sebuah pusat beli-belah di daerah ini bagi menampung keperluan tiga anak mereka berusia 12 hingga 16 tahun.
 

Lelaki itu memberitahu, kea­daan kesihatan isterinya berubah 360 darjah membuatkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Duit simpanan hampir susut kerana dibelanjakan untuk membeli peralatan dan ubat-ubatan. Kadangkala anak-anak juga tidak ke sekolah kerana membantu menjaga ibu mereka jika dia mempunyai urusan di luar. Dia juga berkata, keperluan bulanan iste­rinya mencecah RM2,000 termasuk untuk membeli susu formula, lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

 

Tambahnya, ketika ini, dia menampung keperluan isterinya dengan mengambil upah menyelenggara kelengkapan sebuah gimnasium pada hujung minggu dengan pendapatan sebanyak RM500. Setakat ini, dia sudah memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun semuanya masih dalam proses berikutan perlu mendapat laporan perubatan. Bekalan air di rumah juga kerap terganggu dan fokus saya adalah membeli mesin penapis air yang boleh memproses air berkualiti untuk pemulihan secara dalaman bernilai RM5,000.

 

 

Read More



Updates




UPDATE 03/01/2023

Selamat pagi. Keadaan semasa isteri baik. Luka belakang pun dah beransur pulih. Sekarang ni tengah uruskan buang najis besar dan dah seminggu sebab usus besar tak kuat. Alhamdulillah dana dapat dari marhaen sedikit sebanyak dapat membantu sangat dalam masa terdekat ini bagi urusan ubatan, susu, pampers dan urusan anak-anak. Terima kasih banyak atas sumbangan dari pihak marhaen. Alhamdulillah permohonan saya sebelum ni da lulus. Dari zakat untuk perubatan baru lulus untuk bulan 12/2022 tadi. Pihak farmasi yang dilantik tengah urusan bayaran dari zakat sebanyak RM500 tapi untuk tahun 2023 ni saya perlu hadir semula untuk permohonan baru. Dari pihak JKM untuk tahun 2023 juga saya perlu apply semula baru. Dari pihak JKM dapat RM300 start bulan Nov /Dec tadi. Isteri guna susu jenis nestle 1.optimum, 2.optimum fibre, 3.pampers jenis buka dan saiz XL. Alhamdulillah dari segi kewangan mencukupi dengan bantuan pihak marhaenmy. Rumah saya duduk sekarang ni pun dah dapat bayar habis, Alhamdulillah. Ada tunggakan untuk Bill TNB sahaja dan masih tertunggak sebanyak RM350. Tapi saya bayar tiap bulan sebab dulu meter kena cabut sebab lewat bayar.

Keadaan semasa hari ni. Isteri baru lepas beri susu untuk kali ke-2.

 

UPDATE 10/01/2023:

Waalaikumussalam. Maaf lambat jawab meseg sebab baru selesai menguruskan isteri dari jam 10.00 malam tadi. Ada masalah pada usus najis dan air kencing. Buat masa ni yang nampak perubahan ialah luka di belakang tulang punggung tu dah semakin kecut Luka di kaki juga dah makin kecil. Keadaan fizikal luaran ada nampak perubahan pada urat darah di tangan dan kaki nya. Yang mana dah nampak sedikit normal. Keadaan anak anak buat masa ni, Alhamdulillah tak nampak stress sebab minggu ni semua anak anak ada peperiksaan cuma kekangan saya untuk uruskan kerja rumah agak rumit lah buat masa ni.

 

Update 20 / 03 / 23

Masih tak banyak nampak perubahan. Masih tak boleh berinteraksi. Ni pula luka pada belakang mula terbuka besar semula sebab awal bulan saya cuba keluar bekerja waktu malam.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM150.00
Top Contribution
Dark  RM500.00
First Contribution
Maz  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

135

Penyumbang

2,026

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM150.00
Top Contribution
Dark  RM500.00
First Contribution
Maz  RM10.00