Derita Keluarga Kecil Norain


Derita Keluarga Kecil Norain


MarhaenMY - Norain Bt Zailani
Johor Bahru, Johor
Published: Dec 12, 2022
60.26%
RM 3,013.00 RM 5,000.00


198.7
Baki Lot Diperlukan
301.3
Lot Telah Terbeli
102
Penyumbang
1,922
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Salam , berikut adalah maklumat tentang keluarga kecil saya .

Nama isteri: Norain Binti Zailani,

Status: Tidak berkerja dan ada masalah kesihatan seperti mengalami penyakit enimia, ekzima yang sangat teruk sehingga harus berjumpa pakar kulit, saya juga menghadapi masalah alergik pada semua kelas ubat antibotik dan sebahagian ubatan untuk melawan penyakit dan sebelum ini juga saya ada menghidapi masalah penyakit sakit puan iaitu bahagian rahim dan payudara . Doktor mengesahkan bahawa ia boleh kembali lagi bergantung pada kekuatan antibodi saya untuk melawan penyakit dan saya telah pun di kecualikan vaksin dan ada pun kadnya di my sejahtera. Terbaru pada tahun 2022 saya terkena kembali penyakit payudara dan kini masih dalam rawatan pakar HSA Johor Bahru lagi dan yang terbaru lagi, untuk rawatan bulan 9 dan 10 tahun 2022. Saya perlu refer ke pakar mata kerana ketumbuhan di saluran air mata dan baru lepas buat pembedahan kecil dan bakal buat pembedahan besar untuk buang ketumbuhan sebahagian kantung air mata, terpaksa berjumpa pakar hidung dan pakar untuk pekara yang sama ada ketumbuhan di sekitar situ, saya akan membuat pembedahan besar untuk mata, hidung dan mulut di jangka awal bulan 3 atau 4 tahun 2023. Terkini saya harus refer ke pakar jantung sebab ada masalah kelainan detik jantung serta lemah jantung dan saya juga mengalami masalah saraf dan tulang dan harus jumpa kembali pakar kembali, sekarang baru keluar ward doktor mengesahkan saya mengalami penyakit tro autoimmune disease, antibodi Antifosfolipid, tro panic disoder.

 

Nama suami: Hassan Anak Ribai/Mohd Hassan Basri

Status: Tidak dapat berkerja kerana menghadapi masalah kesihatan dimana keadaan suami saya nampak sihat di luar tetapi tidak berapa sihat di bahagian dalamnya. Suami saya menghidapi masalah penyakit usus, saraf sendi dan tulang. Suami saya tidak dapat membuat kerja yang berat dan tidak dapat berdiri yang memakan masa yang lama, mengalami sakit lemah jantung, dan doktor syak tiroid dan ada masalah fungsi hati

 

Jumlah tanggungan sekeluarga: 8 orang

Bantuan yang di perolehi keluarga: bantuan sara hidup untuk suami dari Baitumal/MAIJ sebanyak RM400 sebulan

Anak-anak yang sekolah tahun 2022 : No 1. Muhammad Nur Fahmi ada kad (OKU) darjah 5, No 2 Muhammad Nur ilmi ada kad (OKU) darjah 4, No 3 Muhammad Hassan Al Farabi Dhiya' Ulhaq ada kad (OKU) darjah 3,  no 4 Hana Wardahtul Jannah ada kad (OKU) 7 tahun. Maklumat anak yang lain no 5 Siti Khadijah Aisyah 4 tahun (dalam proses pemohonan dan penerimaan kad oku) dan no 6- Muhammad Nur Nasuha 2 tahun.

 

Jika tidak keberatan saya ingin jasa baik untuk mohon bantuan makanan yang di berikan dan sedikit bantuan makanan basah andai ada dan saya juga memerlukan bantuan baju basahan terpakai untuk anak-anak saya kerana mesin basuh yang terpakai kami kutip dan baiki sudah lama rosak. Kami perlukan pakaian terpakai untuk di pakai harian kerana baju anak banyak yang lusuh dan saya kerap ulang alik klinik dan hospital untuk dapatkan rawatan. Perlu bawa anak sekali kerana mereka tidak boleh tinggal di rumah kerana mereka merupakan anak istimewa dan atas faktor kerisauan atas keselamatan mereka andai di tinggalkan di rumah tanpa penjagaan. Kemudian saya juga memerlukan kasut sekolah terpakai saiz 29, 31, 32, 33 untuk anak OKU yang bersekolah dan sehelai lagi baju kurung putih sekolah terpakai saiz 24 untuk anak perempuan saya. Andai ada beg sekolah terpakai yang saya nak 1 pasang untuk beg sekolah anak saya yang beg sekolahnya telah lusuh dan koyak.dan sedikit bantuan kewangan untuk tambang saya ulang alik ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan klinik dan hospital. Saya amat memerlukan kerusi roda dan tongkat untuk kegunaan saya di rumah dan ke klinik dan hospital untuk dapatkan rawatan kerana saya tinggal di flat.

Sakit: tro autoimmune disease, Antibodi Antifosfolipid, tro panic disoder dan ada masalah saraf dan tulang sebelah kiri dari tulang tengkuk kiri hingga ke kaki kiri dan masalah kesihatan yang lain juga

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Saripah  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Anwar  RM100.00

198.7

Baki Lot Diperlukan

301.3

Lot Telah Terbeli

102

Penyumbang

1,922

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Saripah  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Anwar  RM100.00