Anak Terpaksa Menggunakan Mesin Oksigen Untuk Bernafas


Anak Terpaksa Menggunakan Mesin Oksigen Untuk Bernafas


MarhaenMY - Ismail Bin Dris
Gua Musang, Kelantan
Published: Dec 12, 2022
66.57%
RM 2,390.00 RM 3,500.00


117.0
Baki Lot Diperlukan
239.0
Lot Telah Terbeli
106
Penyumbang
1,324
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Saya sendiri terkejut bila demam biasa anak lelaki saya menjadi lebih teruk sampaikan sekarang terlantar di katil dan terpaksa menggunakan mesin oksigen untuk terus bernafas. Anak saya iaitu Muhammad Asyraf Ismail yang berumur 24 tahun seperti tengkorak hidup, beratnya hanya 30 daripada 55 kilogram (kg) sebelum ini. Anak saya disahkan menghidap penyakit kuman dalam paru-paru dan otak. Sebelum sakit, anak saya be­kerja di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang. Sebenarnya dia hanya demam biasa dan badannya lemah sebelum dibawa pulang dan dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai. Selepas 10 hari, dia discaj terpaksa menggunakan alat bantuan oksigen. Saya berasa teramat sedih apabila melihat berat badan dia turun mendadak kepada 30 daripada 55 kg.

 

Jadi saya jugalah yang menguruskan dia sejak dua bulan yang lalu, dia juga tidak boleh makan dan minum dan hanya mengharapkan susu yang diberikan melalui tiub. Alat bantuan oksigen itu disewa RM300 sebulan dan dia juga bergantung kepada susu khas dan kami perlu berbelanja RM500 sebulan untuk itu tidak termasuk lampin pakai buang. Segala per­belanjaan perubatannya dibantu oleh adik-beradik selain wang sumbangan jiran dan penduduk kampung lain yang datang melawat. Kami juga akan cuba untuk memohon bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh terdekat. Saya bekerja sebagai pemandu lori dan pendapatan tidak menentu kerana bergantung sepenuhnya kepada permintaan pelanggan, Baru baru ini juga kami ada menerima  sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Galas iaitu Mohd. Syahbuddin, cumanya saya amat berharap ada pihak yang sudi menyumbang untuk alat bantuan oksigen dan keperluan lain.

Read More



Updates



UPDATE 09/01/2023:

- duit sumbangan dapat digunakan sebaiknya sebelum anak meninggal dunia
- anak meninggal pada minggu lepas (24/12)
- setakat ini keperluan family alhamdulillah mencukupi
-masing masing sedang  bersedih atas kematian 
-encik ismail kini sedang cuba untuk memulakan semula membawa lori dengan aktif setelah kematian anak 
- sebelum kematian arwah , sempat membeli beberapa barang keperluan seperti pampers, susu dan ubat ubatan untuk arwah 

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nur  RM20.00
Top Contribution
Sinuraz  RM200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

117.0

Baki Lot Diperlukan

239.0

Lot Telah Terbeli

106

Penyumbang

1,324

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nur  RM20.00
Top Contribution
Sinuraz  RM200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00