Tiada Pekerjaan Disebabkan Faktor Usia Dan Sakit


Tiada Pekerjaan Disebabkan Faktor Usia Dan Sakit


MarhaenMY - Halilah binti Md Daud
Seremban, Negeri Sembilan
Published: Dec 19, 2022
100%
RM 7,510.00 RM 7,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
751.0
Lot Telah Terbeli
265
Penyumbang
3,851
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
750 Lot Ditawarkan

Saya merupakan seorang mualaf yang menghidap penyakit jantung kronik dan disebabkan itu juga saya memerlukan bantuan akibat sukar untuk mendapat pekerjaaan selepas keadaan saya yang agak tidak sihat ini . Saya baru sahaja 66 tahun dan telah disahkan menghidap penyakit ini sejak oktober 2020. Namun , ini tidak mematahkan semangat saya untuk mencari rezeki asalkan anak tunggal saya yang berusia 4 tahun itu tidak kelaparan. Bukan saya tidak cuba, hari-hari saya keluar cari kerja, tetapi orang susah mahu beri kerja sebab faktor umur dan penyakit. Kadang kadang ada juga saya ambik upah membaiki paip dan wiring, dapatlah dalam RM20 sehari pun jadilah asalkan anak saya dapat makan .
 

Saya perlu menjalani rawatan susulan sakit jantung di Hospital Serdang, tetapi tidak mampu untuk pergi sana. Saya teruskan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sahaja buat sementara waktu. Sebelum sakit, saya pernah bekerja sebagai pemandu bas dan teksi, tetapi sekarang orang tak berani ambil kerana risiko sakit jantung boleh pengsan atau jatuh secara tiba-tiba.Buat masa ini memang hidup saya agak sukar, malah bayaran rumah sewa pun dah tertunggak tiga bulan sebanyak RM1,500.

 

Alhamdulillah, tuan rumah faham masalah yang dihadapi.Saya juga ada masanya meminta ihsan rakan-rakan untuk makan minum, malu tetapi terpaksa untuk anak. Sementara itu, isteri saya juga yang sepatutnya mendapatkan rawatan asma di Hospital Rembau selalu bagi alasan dekat doktor kerana masalah kewangan, selain kena menjaga suami dan anak.

Read More



Updates




Update 12 / 01 / 2023

Saya dan suami baru elok demam lagi satu saya kena pergi ultrasound 25 / 1 / 2023 dengan tiada kewangan dan sewa rumah, bil api air yang masih tertunggak, anak masuk tadika lagi. Saya masih ada follow up dari klinik dan hospital. Saya baru dapat surat untuk ultrasound dan doktor cakap macam ada ketumbuhan sebab bengkak macam ada bonjolan. 21 / 2 / 2023 pergi scan paru2 dengan jantung. 4 / 4 / 2023 follow up dengan doktor pakar MOPD hospital HTJ seremban. Kami beranak terpaksa ikat perut makan apa yang ada (makan nasi goreng, masak apa yang ada, nak beli lauk pun tak cukup duit). Rumah masih ada lagi tunggakan dan sebulan RM500. Kami pun ada pinjam kat orang sebab tak mampu nak bayar apa2. Saya ada dapat bantuan baitulmal sebanyak RM250 sebulan. Saya ada dapat bantuan kerajaan tapi terpaksa guna untuk bayar balik dekat orang dan guna untuk ulang alik follow up. Suami pun tidak bekerja sebab suami ada masalah jantung doktor tak bagi kerja sebab pernah pengsan baru2 ni jatuh motor pengsan. Dulu saya kerja ada caruman tapi kwsp saya dapat pun RM2000 je sebab saya berhenti kerja kerap sakit. Itu pun saya buat pergi hospital, beli pampers, susu, barang dapur sikit masa pkp suami saya tak ada pencen. Pinjam kat orang sebanyak RM480 beli barang dapur, pampers anak, pergi klinik sebab semput (asma kronik). Masa pergi follow up ada minta tolong kat orang, kalau ada duit naik teksi, kalau tak ada duit minta tunda tarikh. Bulan 3 ni anak masuk tadika apa pun belum beli yuran lagi.

 

Update 10 / 03 / 23

Pagi tadi saya ada temujanji dengan doktor yang bahagian ultrasound sound. Doktor refer ke hospital HTJ seremban berjumpa dengan doktor pakar SOPD mengenai bonjolan/bengkak dalam perut. Doktor cakap paru2 saya ada blok, asma saya makin teruk , result urin ada darah sikit, gula dalam darah tinggi , ecg jantung tak normal terlalu laju dan bacaan denyutan 100 kalau normal 80. Suami ada dapat JKM sebanyak RM250 dan tu pun tak cukup.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM120.00
Top Contribution
Zurisha  RM500.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

751.0

Lot Telah Terbeli

265

Penyumbang

3,851

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM120.00
Top Contribution
Zurisha  RM500.00
First Contribution
Saripah  RM10.00