Melecur Akibat Terkena Minyak Panas


Melecur Akibat Terkena Minyak Panas


MarhaenMY - Arnie Azlin Binti Omar
Kajang, Selangor
Published: Dec 19, 2022
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
151
Penyumbang
2,790
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Salam saya arni merupakan seorang peniaga jalanan yang terpaksa berniaga meskipun luka saya baru baru ni yang masih melecur akibat terkena minyak panas masih belum baik demi menanggung keluarga , saya berniaga cucur udang di seksyen 7 bangi , selangor . Saya berniaga cucur udang bersama suami, di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi lebih kurang 2 tahun, sekarang gerai terpaksa tutup seleps peristiwa melecur sejak 19 November yang lalu. Walaupun saya dalam keadaan masih ulang alik ke HKL untuk mendapatkan rawatan tapi kami terpaksa suami isteri membuka juga gerai akibat kami berdua hanya tinggal rm4 sahaja dalam poket kami . Suami ada menyuruh saya untuk hanya berehat di rumah tetapi saya enggan dan ingin membantunya di gerai.
 

Segan juga untuk mengaku yang kami hanya bermodalkan rm4 yang ada dan beberapa bantuan yang diberikan oleh beberapa individu yang bermurah hati . Arni Azlin berkata, mereka memerlukan wang untuk kelangsungan hidup harian selain mahu membeli kolagen untuk proses penyembuhan luka dengan memerlukan kira-kira RM300 sebulan yang membuatnya kuat untuk kembali berniaga. Saya perlu minum kolegan dua botol sehari dan satu kotak cuma ada 20 botol untuk 10 hari saja yang berharga RM120 yang perlu dibeli sendiri selain perlu menyapu minyak zaitun di luka itu. Anak saya ada 5 orang yang berusia 2 tahun sehingga 14 tahun yang masih lagi kecil. Kejadian melecur itu terjadi ketika dia sedang menggoreng tauhu untuk persediaan berniaga.sebelum tu saya dah rasa sakit kepala dan kemudiannya terjatuh di tepi dapur gas secara tiba-tiba dan tangan pula tersentuh kuali menyebabkan sebahagian minyak panas tertumpah dekat badan saya .Saya dimasukkan ke Hospital Serdang sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

 

Saya menjalani pembedahan untuk membuang isi daging yang sudah mati dan menampal kulit baru dari paha dan terlantar di hospital hampir tiga minggu. Saya melecur di kedua-dua tangan dan dari leher hingga ke atas pusat. Paling teruk di bahagian badan dan ada luka belum kering lagi. Saya betul betul dalam keadaan separuh sedar dan perkara yang terjadi di hadapan anak lelaki saya yang turut demam beberapa hari kerana terkejut melihat insiden itu. Tetapi saya bersyukur selamat dan kini dalam proses sembuh, cuma masih rasa pedih sedikit terutama di bahagian badan dan tidak boleh buat kerja berat lagi.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Thea  RM30.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Mr  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

151

Penyumbang

2,790

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Thea  RM30.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Mr  RM10.00