Ibu Muda Terlantar Lemah Menderita Asma Kronik


Ibu Muda Terlantar Lemah Menderita Asma Kronik


MarhaenMY - FATIN NOOR SHAHIERA BT MOHD FADZLI
Ajil, Terengganu
Published: Jan 02, 2023
50.46%
RM 1,766.00 RM 3,500.00


173.4
Baki Lot Diperlukan
176.6
Lot Telah Terbeli
88
Penyumbang
1,987
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Salam , saya Fatin berusia 26 tahun , merupakan seorang ibu yang mempunyai dua orang anak yang berusia 9 tahun dan lima tahun . Pada mulanya saya tidak sangka diuji dengan derita asma kronik dan tiroid sejak 7 bulan lepas kerana saya merupakan seorang yang cergas dan amat berdikari pada dahulunya. Kini keadaan saya amat lemah dan terpaksa sentiasa berehat. Pada awalnya saya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu kerana sesak nafas pada bulan Mac 2022, apabila doctor memeriksa saya dan mendapati bahawa saya menghidapi penyakit tiroid dan merebak sehingga mengganggu saluran pernafasan, sebahagian rongga muka saya telah pun bernanah disebabkan tiroid , paru paru juga berair. Rawatan di Hospital dijalankan setiap bulan dan saya terpaksa mengambil sebanyak 15 jenis ubat setiap hari.

 

Untuk keadaan terkini, saya kerap diserang asma di waktu malam sahaja, doktor juga ada mencadangkan saya untuk membeli mesin oksigen berharga RM 5000 untuk kegunaan di rumah tetapi saya masih tidak mampu kerana pada waktu sekarang hanya suami saya yang bekerja sebagai seorang tukang kebun yang gajinya agak tidak tinggi. Saya perlu menjalani sekurang kurangnya tiga pembedahan untuk merawat penyakit tiroid , membuang nanah pada rongga muka serta air yang berlebihan di paru-paru. Setakat ini , saya tidak pernah meminta mana mana bantuan lagi.

Read More



Updates




Update 12 / 01 / 2023

Keadaan saya macam ni lah selalu semput dan tak sihat. Saya kena pergi appointment HSNZ 4 kali sebulan. Kalau kewangan tu ikut kan memang tak cukup lah sebab sekali pergi hsnz dah berapa kena keluar. Sekali pergi RM200 habis. Saya pergi naik kereta dan suami yang hantar. Kalau saya ada appointment tu dia kena minta cuti untuk hantar saya. Jarak dari rumah ke hospital lebih 20km. Gaji suami tak besar dalam RM1200. Saya memang belum lagi mohon mana2 bantuan zakat / JKM. Dengan gaji suami tu, banyak kami kena bayar macam bil api air, yuran sekolah anak2 dan kereta. Kereta setiap bulan RM280, bil api air pulak dah 3 bulan tertunggak tak masuk bulan ni punya. Kami tak ada kena bayar sewa rumah sebab tinggal dekat rumah mak suami dan mak suami baru sahaja meninggal. Adik saya ada sedikit sebanyak bantu saya. Kami pernah juga terputus bekalan makanan dalam 2 3 bulan lepas dan terpaksa pinjam duit adik saya. Kalau anak2 tu kalau saya ada TCA terpaksalah anak2 tak pergi sekolah sebab tak ada siapa boleh hantar. Atau pun kadang2 saya tak pergi kalau saya tak sihat.

Read More



Recent Contribution
Fadli  RM20.00
Top Contribution
Nina  RM110.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

173.4

Baki Lot Diperlukan

176.6

Lot Telah Terbeli

88

Penyumbang

1,987

Pengunjung
Recent Contribution
Fadli  RM20.00
Top Contribution
Nina  RM110.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

Kempen Lain