Menderita Barah Saraf Tahap 4


Menderita Barah Saraf Tahap 4


MarhaenMY - Haslinda binti hashim
Jitra, Kedah
Published: Jan 02, 2023
63.92%
RM 3,196.00 RM 5,000.00


180.4
Baki Lot Diperlukan
319.6
Lot Telah Terbeli
121
Penyumbang
1,933
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Salam , saya , Rizuwan berusia 36 tahun sedang menjaga isteri saya iaitu Haslina yang baru sahaja berusia 32 tahun telah disahkan menghidap Barah Saraf tahap empat sejak April yang lepas dan hanya terlantar di katil sejak sebulan lepas. Isteri saya tidak pernah bekerja sebelum ini . Pada mulanya dia hanya mengadu lenguh di bahagian belakang badan serta sakit lengan , dan sebelum itu kami ada juga cuba berubat kampung sebelum membawa isteri saya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Saya kini juga tidakj dapat bekerja selain menjaga isteri saya, saya harus menguruskan anak tunggal saya yang baru sahaja berusia 4 tahun. Apabila isteri saya dibawa ke Hospital Jitra, doktor tidak mengesan sebarang pelik Ketika melakukan X-Ray. Saya juga ada bawa isteri saya ke pusat perubatan swasta di Alor Setar, Kedah.

 

Doktor melakukan MRI sebelum mengesahkan isteri saya menghidap barah saraf. Isteri saya juga telah melakukan operation memasukkan besi di belakang badannya sebagai support di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. Selain itu, isteri saya juga telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang untuk menjalani radioterapi setiap tiga kali sebulan. Sepanjang isteri dimasukkan ke wad, saya yang menjaganya menyebabkan saya tidak dapat bekerja sebagai wiring specialist. Bagaimanapun, saya bertekad mahu menjaganya sehingga sembuh , wang simpanan saya juga agak sikit sekarang tetapi saya tidak pernah menyesal berhenti kerja. Doktor juga ada maklumkan bahawa isteri saya tidak sesuai untuk menjalani rawatan kemoterapi dan hanya perlu bergantung dengan checkup hospital sahaja. Saya betul betul buntu untuk mencari dana untuk rawatan isteri, dan pada waktu terdekat ini juga , saya akan cuba bekerja semula namun bergantung dengan keadaan isteri saya juga. Saya pernah menerima sumbangan wang , susu formula dan barangan dapur dari Pengerusi Cancers Survivors (CSM). Mereka ada dapat bantuan RM400 dari JKM setiap bulan.

Read More



Updates




Update 16 / 01 / 2023

Keadaan saya masih macam tu juga dan kaki tak berasa apa-apa, tak boleh nak gerak juga. Yang operation tu untuk tahan tulang sebab tulang saya dah reput bukan untuk support saya bangun. Dari segi kewangan setakat ni nak kira cukup tu tak la sebab macam2 barang nak kena beli, saya ni kan sakit banyak barang nak kena beli macam pampers, susu dan barang2 dapur lagi. Suami pun baru sahaja kerja. Suami kerja biasa-biasa, kerja kampung. Pampers dalam sebulan bajet lebih kurang 5 bungkus. Keadaan keluarga okay la juga cuma mak ayah sahaja tak berapa sihat sangat. Setakat ni untuk bantuan makanan tu tak ada la orang bantu. Terputus tu tak la cuma terkurang sahaja la. Keluarga saya ni orang susah, ayah dengan mak pun tak kerja, semuanya tak sihat. Saya minum susu ensure coklat dan yang lain saya tak minum.

Update 28 / 6 / 23

Maaf lupa nak bagitahu saya suami Puan Haslinda, dia dah meninggal dunia 8 Mei.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Sufia  RM3.00
Top Contribution
Fazli  RM200.00
First Contribution
Zul  RM10.00

180.4

Baki Lot Diperlukan

319.6

Lot Telah Terbeli

121

Penyumbang

1,933

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Sufia  RM3.00
Top Contribution
Fazli  RM200.00
First Contribution
Zul  RM10.00

Kempen Lain