Nenek Jaga Cucu OKU Lepas Mak Ayahnya Bercerai


Nenek Jaga Cucu OKU Lepas Mak Ayahnya Bercerai


MarhaenMY - Rohani Binti Mat Adam
Kuantan, Pahang
Published: Jan 06, 2023
60.72%
RM 2,656.00 RM 5,000.00


196.4
Baki Lot Diperlukan
265.6
Lot Telah Terbeli
101
Penyumbang
1,612
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya Umi Kalsom ingin mohon bantuan untuk cucu mak saudara saya yang OKU. Mak saudara saya bernama Rohani dan cucu mak saudara saya nama Qisyadira Haziqah binti Abdul Hadi. Mak saudara saya tak pandai menulis dan saya tolong dia untuk tulis segala maklumat. Mak saudara saya jaga cucu masih kecil lagi, masa lahir lagi cucu mak saudara saya tak ada punggung dan tulang kat belakang. Lepas tu ayah dia bawak dia pergi hospital KL untuk operatioa untuk isi tulang kat belakang dengan membuang tempat membuang besar. Sebab cucu mak saudara saya ni, bila tak ada punggung nak membuang air besar pun tak boleh. Sampai umur Dira sekarang 9 tahun, mak saudara saya jaga selepas mak ayah dia berpisah sejak 2018. Ayah Dira ni pun tak mampu nak jaga juga. Mak Dira ni pulak memang tak ambil tahu pasal anak2 dia dan mak Dira ni dah kahwin lain. Ayah Dira ni sebab duduk dengan kakak dia dan dia tak duduk rumah mak dia. Sebab kerja jauh. Ayah Dira ada bagi duit belanja pun kena kongsi dengan abang dia sikit seorang. Yang anak dia yang OKU ni, dia tak ada bantu. Ayah Dira ni kerja dekat jeti ikan dan gaji RM1500. Yang anak dia 2 orang tu dia bagi RM250 dan abang dia bagi RM150. Jadi RM400 sebulan, tu pun kadang2 tak cukup dia bagi. Anak dia yang 2 orang (normal) saya jaga tu, dia kongsi duit dengan abang dia. Itu pun kalau gaji dia cukup. Tahun depan abang ayah Dira ni tak dapat nak bantu lagi sebab banyak kena bayar. Saya nak bantu pun, saya sendiri tak bekerja. Anak saya ada 6 orang dan 4 orang sekolah. Tahun depan 5 oranng sekolah. Saya pun duduk rumah sewa RM500 sebulan. Suami saya bekerja buat perabot dengan orang juga. Abang ayah Dira yang bantu ni pun dah berkahwin juga.

Dira ni OKU separuh badan dan dia anak no 2 dari 3 beradik. Abang sulung Dira darjah 4, dan adik dira lelaki no 3 darjah 1. Dua adik beradik Dira ni saya yang jaga sebab sekolah rumah nenek dia orang jauh dari rumah dan tak ada sesiapa yang nak tolong hantar. Abang dengan adik Dira ni saya yang jaga sebab saya pun fikir sekolah anak saya yang dekat dengan rumah dan senang dia nak pergi sekolah. Balik sekolah boleh jalan kaki dan saya pun ambik lah mereka 2 orang ni. Walaupun saya jaga cucu mak saudara lagi 2 orang ni pun kadang2 cukup kadang2 tak cukup sebab rumah sewa dan bil api air ada yang tertunggak. Sekarang barang semua mahal, nak bayar rumah sewa sampai berbulan tertunggak, dan ni nak masuk 3 bulan (bulan 10, 11 dan 12). Rmah sewa RM500 sebulan dan gaji suami RM1200. Saya dengan mak saudara saya suri rumah. Mak saudara saya pulak 3 tahun kehilangan suami sejak 2019. Rumah mak saudara pulak rumah sewa beli. Selepas suami mak saudara meningal, anak lelaki no 2 tolong bayarkan, sebulan RM250 tak silap. Rumah yang kerajaan buat kira rumah sendiri lah. Saya mohon bantuan ni sebab duit bantuan dapat dengan JKM ni, tak cukup nak beli pek saluran tempat dia nak membuang air besar dengan membuang air kencing, harga sekarang RM320 dan sangat mahal untuk 30 keping dan kena pakai pempers lagi. Kalau tak pakai pempers nanti bocor. Sebulan satu kotak tak cukup dan sekurang2nya kena 2 kotak. Kalau dia membuang air besar, lagi tak cukup pek dia pakai tu. Last checkup Dira masa baby sampai tahun 2018 lepas tu tak check dah.

Read More



Updates




Update 24 / 02 / 2023

Baru ni dia ada masalah kewangaan. Barang sekarang mahal tak dan nak bajet. Kalau cucu dia perlukan pep dan pampers. Pep dia tak berapa ada dah sekarang. Duit nak beli pep pun kurang sekarang. Keperluan dapur pun pernah terputus sampai kadang2 dia minta tolong dengan kakak dia itu pun kalau kakak dia boleh tolong. Selalu dorang terputus bekalan tu dalam 2 3 hari. Pep dia tak berapa ada dah sekarang. Duit nak beli pep pun kurang sekarang.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Sufia  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Zulkifli  RM10.00

196.4

Baki Lot Diperlukan

265.6

Lot Telah Terbeli

101

Penyumbang

1,612

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Sufia  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Zulkifli  RM10.00