Menderita Kanser Usus Tahap 4


Menderita Kanser Usus Tahap 4


MarhaenMY - Siti Norlaila Aishah binti Mohd Shuib
Pokok Sena, Kedah
Published: Jan 14, 2023
72.57%
RM 2,550.00 RM 3,500.00


96.0
Baki Lot Diperlukan
255.0
Lot Telah Terbeli
102
Penyumbang
2,057
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Saya memerlukan bantuan untuk membeli barang keperluan diri saya dan kos ulang alik untuk mendapatkan rawatan disebabkan saya tidak boleh bekerja dengan keadaan sekarang ini. Saya juga mempunyai 2 orang anak lelaki yang berusia 11 tahun dan 3 tahun. Suami saya meniaga bihun sup di pasar malam area Pendang , Kedah dan tidak mempunyai pendapatan yang agak tetap . Sebelum ni saya sendiri yang menjaga ibu saya tetapi sejak Mei tahun lepas , saya tidak dapat bergerak disebabkan masalah lutut yang agak teruk. Saya juga kini disahkan menghidap kanser usus tahap empat pada September tahun lepas dan tidak lagi dapat membuat kerja kerja berat. Saya baru sahaja berusia 38 tahun .

 

Pada mulanya saya hanya menyangka saya hanya sakit perut biasa dan ada buat scan di klinik swasta di Pokok Sena. Doktor juga pada tidak dapat kesan apa apa dan hanya mengatakan saya sakit perut biasa sahaja. Tetapi saya jadi tidak tentu arah sebabkan saya mengalami sakit perut yang sama berulang kali da kerap. Saya terus ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Pada ketika itulah , saya dimaklumkan bahawa doktor dapat mengesan usus saya tersumbat dan perlu menjalani pembedahan. Sewaktu pembedahan dijalankan , doktor mengesan terdapat ketumbuhan di pada bahagian usus saya sebelum mengesahkan saya menghidap kanser usus tahap 4. Selepas pembedahan itu juga , saya telah mendapatkan rawatan kimoterapi di Hospital Lama Alor Setar, Kedah. Setakat ini , saya baru menjalani dua kali kimoterapi . Buat masa sekarang , suami banyak membantu saya dalam membuat kerja-kerja rumah yang berat , kadang-kadang saya boleh memasak juga, tetapi tidak selalu. Ibu saya pula berusia 61 tahun menghidap sakit lutut yang agak teruk sampaikan dia terpaksa duduk dan berbaring di atas tilam sahaja. Kebanyakan , adik-adik saya yang banyak membantu untuk menjaga ibu sekarang. Ayah saya pula membantu saya menjaga kedua-dua anak saya sekiranya saya kadang kadang membantu suami keluar berniaga atau ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Saya selalu terasa sesak nafas kalau banyak melakukan kerja dan perlu rehat yang mencukupi . Untuk bil rawatan kimoterapi atau dimasukkan ward, selalunya suami saya yang bayar tetapi kadang kadang tidak mencukupi atas faktor pendapatan berniaga yang kadangkala tidak seberapa laku atau untung .Sejak saya sakit teruk , suami saya tidak dapat untuk pergi berniaga lagi , sejujurnya pendapatan kami sekeluarga hanya daripada bantuan orang bagi, jiran-jiran sahaja. Bantuan zakat pun kami tak dapat buat masa sekarang.

Read More



Updates




Update 15 / 2 / 2023

Asalamualaikum, selamat petang. Saya suami dia ni. Nak bagitahu yang puan dah meninggal dunia hari sabtu baru ni di hospital Sultanah Bahiyah. Anak yang main pegang handphone. Saya baru nak tengok harini. Minta maaf lambat bagitahu. Saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada marhaen yang telah banyak membantu arwah puan Laila selama menjalankan rawatan. Sekarang saya tinggal dengan anak2 sahaja, berumur 11 tahun & 4 tahun. Kalau ikutkan memang dari segi kewangan masih tak çkup la sebab saya bergantung pendapatan hanya dengan niaga dipasar malam sahaja. Buat masa sekarang ni memang saya yang jaga anak2 saya. Cuma nak bagi anak saya yang kecil ni lupa, sabar dan redha mungkin ambil masa. Dulu saya berniaga pasar malam dengan arwah 5 kali seminggu dan 2 hari cuti. Saya dan arwah tak pernah dapat mana2 atau mohon bantuan lain, memang semua daripada simpanan dan sumbangan sahaja.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Amifar  RM30.00
Top Contribution
RM250.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

96.0

Baki Lot Diperlukan

255.0

Lot Telah Terbeli

102

Penyumbang

2,057

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Amifar  RM30.00
Top Contribution
RM250.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00