Erma dulu asalnya sangat aktif dan ceria tetapi selepas dia diserang penyakit Tubercolous (TB) Meningitis sejak November tahun 2021, dia menjadi semakin lemah dan dijaga oleh emaknya sekarang iaitu Puan Atikah. Erma baru sahaja berusia 25 tahun dan telah hilang penglihatan disebabkan penyakit tersebut. Dia kini hanya terlantar dan tidak dapat bergerak sangat seperti dahulu. Penglihatan Erma mula hilang apabila kuman tersebut merebak ke bahagian saraf mata pada Mei tahun lepas . Kini kuman tersebut juga telah dikesan oleh doktor , telah merebak sehingga otak, paru-paru dan tulang belakang. Pada mulanya, Erma kerap demam, sakit kepala dan belakang. Ibunya bawa Erma ke hospital sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan telah ditidurkan selama 22 hari di ICU Hosp Tuanku Jaafar dan dibenarkan keluar pada Februari 2022.
Bila terlantar terlalu lama, punggung Erma menjadi luka menyebabkan ibunya terpaksa memberi tumpuan penuh. Sebelum ini , Ibu Erma bekerja sebagai pembantu kedai runcit dengan gaji RM1,800 tetapi telah berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya dengan Erma, ibunya ibu tunggal . Disebabkan hal tersebut, sewa rumah juga telah tertunggak sebanyak 3 bulan. Untuk makan dan minum hanya bergantung dengan belas ihsan daripada jiran sekeliling. Ada juga mereka me¬nerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan yang menyampaikan bantuan seperti barang keperluan.Lebih sedih bila Erma sendiri terpaksa melupakan hasrat untuk bernikah pada Oktober lepas disebabkan masalah kesihatan , termasuk turun berat badan daripada 99 kilogram (kg) sampailah 44kg.