Derita Tidak Dapat Bercakap Disebabkan Tumor Menghimpit Salur Pernafasan


Derita Tidak Dapat Bercakap Disebabkan Tumor Menghimpit Salur Pernafasan


MarhaenMY - ABU HANIFAH BIN ISMAIL
Alor Setar, Kedah
Published: Jan 14, 2023
94.33%
RM 5,730.00 RM 6,000.00


34.0
Baki Lot Diperlukan
573.0
Lot Telah Terbeli
275
Penyumbang
3,443
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
600 Lot Ditawarkan

Abu Hanifah yang berusia 60 Tahun pernah mengalami pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) enam tahun lalu selepas doktor memaklumkan tumor sudah menghimpit saraf pernafasannya. Selepas pembedahan itu semakin baik tetapi sel kanser itu kembali menyerang sejak akhir-akhir ini menyebabkan beliau tidak dapat berjalan dan hanya terlantar. Jadi Setiap hari anak dan isteri iaitu Noratikah yang baru sahaja berusia 49 tahun disebabkan kahak yang tersekat di kerongkong beliau yang perlu dibersihkan setiap lima minit.Anaknya yang sebelum ini bekerja kontrak dengan syarikat swasta sanggup berhenti untuk memberi sepenuh perhatian kepada bapanyanya. Dialah yang mengurus bapanya selepas kanser peti suara itu menyerang semula bapanya. Dia sendiri berharap supaya bapanya boleh sembuh walaupun sudah tiada rawatan yang dapat dijalani kerana faktor usia bapanya yang kini semakin tenat .Dia juga perlu membawa bapanya ke HSB untuk temu janji rawatan susulan , sekiranya dia bekerja, ibunya tidak dapat membawa bapanya .

 

Jadi lebih mudah jika dia sendiri yang membawa bapanya ke hospital. Dengan keadaan tenat Abu Hanifah ini , isterinya membawanya menumpang di sebuah bilik dalam rumah yang diwakafkan jiran depan rumah diorang bagi memberi keselesaan berbanding dengan rumah mereka sebelum ini yang agak tidak selesa dan teruk. Selain itu, ada empat orang anak mereka yang semakin membesar dan berumur 6 tahun sehingga 18 tahun . Sejak suami beliau sakit semula , dia terpaksa berhenti mengambil upah menjahit pakaian untuk memberi perhatian sepenuhnya menguruskan anak-anak dan suami.Suami pula tidak dapat bercakap dan jika dia nakkan sesuatu, dia akan berdengus dengan kuat selain mengetuk tangannya di lantai. Selain itu , ada seorang anak perempuan dia daripada 4 orang berusia 18 tahun merupakan seorang OKU lembam dan perlukan perhatian lebih. Jadi disebabkan itu juga anak sulung beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga ayahnya selain meringankan beban ibunya. Abu kini bergantung dengan bergantung minum susu formula khas yang agak mahal harganya sebagai makanan tambahan kerana tidak boleh makan.Setiap bulan mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli lebih 10 tin besar susu formula khas tetapi tak mampu kerana mahal selain berharap ada yang sudi membantu.Mereka juga pernah menerima bantuan daripada Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang turut mengunjungi pesakit itu dan menghulurkan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan dapur.

Read More



Updates




Update 13 / 2 / 2023

Keadaan Abu Hanifah masih terlantar tidak boleh bejalan. bergerak ke kiri dan kanan kena dibantu. Mandi dan buang air besar pun kena angkat duduk atas kerusi roda tapi ada juga peningkatan dia yaitu pendengaran dia elok jelas dan banyak bercakap dan senyum. Dari segi kewangan cukup buat masa sekarang, barang keperluan harian saya sekarang tidak putus. Kalau habis saya akan pergi beli sebab saya ada duit sendiri. Kalau dulu cukup bulan baru saya boleh beli keperluan yang penting macam sabun basuh baju, ubat gigi, sabun mandi, shampoo itu yang selalu terputus. Untuk Abu Hanifah makanan dia sekarang adalah susu ensure, harga RM105.00 untuk satu tin dan tahan 14 hari. Abu Hanifah minum susu sepenuhnya dia tidak boleh makan. Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada marhaenMy kerana menolong dan membantu keluarga saya. Dulu kami hanya menerima duit daripada zakat sahaja sebanyak RM500. Saya kerja menjahit baju, dah lama 7 tahun dah. Tapi sekarang saya dah tak ambik tempahan baju dah cuma ambik handsock sebab nak jaga suami. Handsock saya buat untuk kawan dapat  sebulan RM400. Untuk upah baju kurumg biasa RM40, kurung moden RM45. Dulu suami jahit baju lelaki, saya jahit baju perempuan. Baru dalam empat bulan ni suami behenti jahit sebab tak boleh duduk sesak nafas. Selain duit saya sendiri, duit daripasa marhaenmy tu la saya belanja. Saya dapat buat seminggu 50 pasang dan sepasang RM2.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nawwar  RM10.00
Top Contribution
RM100.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

34.0

Baki Lot Diperlukan

573.0

Lot Telah Terbeli

275

Penyumbang

3,443

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nawwar  RM10.00
Top Contribution
RM100.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00