Suami Diberhentikan Kerja Dan Menghidap Sakit Buah Pinggang Tahap 2


Suami Diberhentikan Kerja Dan Menghidap Sakit Buah Pinggang Tahap 2


MarhaenMY - Rozaimi Bin Ramli
Kota Bharu, Kelantan
Published: Jan 14, 2023
100%
RM 5,000.00 RM 5,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
500.0
Lot Telah Terbeli
103
Penyumbang
1,798
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Saya Noraini yang berusia 40 tahun memerlukan bantuan kelangsungan hidup bagi menampung hidup kami sekeluarga setelah suami saya diberhentikan kerja di sebuah syarikat pembersihan sejak tiga tahun yang lepas disebabkan akibat terlalu kerap mengambil MC ataupun memohon cuti sakit. Suami saya iaitu Rozaimi yang berusia 43 tahun disahkan menghidap tiga penyakit serangkai iaitu kencing manis , saraf dan buah pinggang stage 2 dan kini terlantar dan tidak dapat untuk keluar bekerja lagi . Penyakit buah pinggang suami saya dikesan pada Julai tahun lepas akibat terlalu lama menghidap penyakit kencing manis selama 13 tahun dan telah mengambil ubat. Pada awal bulan November lepas , terdapat ketumbuhan sebesar ibu jari di bahagian celah pahanya dan dalam tempoh dua minggu ketumbuhan itu membesar sebesar penumbuk.

 

Disebabkan saya terlalu risau dengan keadaan itu , suami saya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada 5 November lalu kerana dikhuatiri ia semakin membesar. Selepas menjalani pembedahan, luka sepanjang tujuh sentimeter di bahagian celah paha suami tidak dijahit dan memerlukan pencucian dua kali sehari. Hampir setiap hari saya perlu membawa suami berulang alik dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh atau HRPZII untuk mencuci luka pada sebelah pagi manakala di waktu malam akan dilakukan sendiri di rumah. Luka ini perlu dicuci sehinggalah ia tertutup dan doktor menjangkakan ia akan tertutup sepenuhnya di antara tempoh lima atau enam bulan. Kini kami sekeluarga hilang punca pencarian selepas suami terlantar dan pada masa sama, saya juga terpaksa berhenti kerja sementara waktu sebagai tukang mewarna batik bagi menguruskan keperluan serta memberi perhatian kepada suaminya yang memerlukan sokongan untuk pulih. Sebaik berhenti kerja, kami sekeluarga perlu berjimat cermat dan mujurlah ada adik-beradik yang boleh bergantung harap dan membantu sekadar yang termampu kerana mereka juga bukan dalam kalangan orang yang senang. Dalam masa sama, suami turut mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung dan boleh digunakan untuk membeli keperluannya. Setiap bulan saya perlu memperuntukkan kira-kira RM1,000 untuk membeli pelapik kalis air, alat mencuci luka, ubat-ubatan, susu khas yang berharga RM95 setin serta kos ulang alik ke hospital. Selain itu , kami juga perlu membayar sewa rumah RM280 sebulan dan mempunyai seorang anak yang masih bersekolah di darjah lima .

 

Masa kisah kami masuk metro hari tu suami saya baru sahaja lepas operate buang ketumbuhan di celah kelangkang sebelah kanan. Yang terbaru ini ketumbuhan naik lg di celah kelangkang sebelah kiri pula sebesar bola pingpong.Jadi sekarang , tengah berulang hospital jumpa doctor pakar 2 minggu sekali. Doktor ada bagi ubat dulu supaya ketumbuhan itu tidak membesar dengan cepat. Kalau ketumbuhan tu semakin membesar terpaksa kena opetare sekali lagi. Kalau Ikutkan suami dah tak mahu operate lagi sebab luka operate yang lama masih belum tertutup lagi.

Read More



Updates




Update 16 / 2 / 2023

Selamat petang cik. Buat masa sekarang ni kewangan masih tak mencukupi sebab isteri masih tidak berkerja lagi kerana menjaga saya sepenuh masa dan urus anak sekolah. Perbelanjaan keluarga agak besar sebab sewa rumah RM280, bil elektrik dah tertunggak beberapa bulan. Perbelanjaan anak sekolah, kos ubat2, susu diabetik, kos berulang alik ke kelinik untuk mencuci luka. Bulan depan anak nak bukak sekolah nak pakai duit lagi untuk beli peralatan sekolah. Perbelanjaan harian pun tak cukup, kami makan apa yang ada saja tanpa memilih. Saya berterima kasih sangat kepada pihak marhean kerana banyak membantu meringankan beban kami sekeluarga. Kami pernah terputus bekalan makanan masa saya kena operate. Masa tu banyak pakai duit berulang alik hospital sampai nak beli makanan tak mencukupi. Lepas keluar hospital baru adik beradik ada hulur duit sikit sorang setakat yang mereka mampu. Kami survive daripada duit dari JKM RM250 sebulan. Dalam tempoh sakit saya berjimat cermat dengan duit orang yang datang melawat dan juga duit dari marhean. Bil api air tertunggak dekat RM300. Rumah sewa tiada tunggakan cuma kadang2 ada lewat bayar. Kalau ikutkan doktor suruh pergi cuci luka 2 hari sekali ke kelinik tapi saya pergi sekali atau 2 kali dalam seminggu sebab nak jimatkn kos jadi steri saya tolong cuci luka kat rumah 2 kali sehari. Ubat untuk cuci luka kalau habis kena beli sendiri. Kalau ubat kencing manis, saraf hospital yang bagi. Sekali pergi klinik kena bayar RM1 saja. Kalau jumpa dctor pakar kena bayar RM5. Sejak terlantar sakit ni kakak bagi pinjam kereta dia untuk berulang alik hospital.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Azrina  RM1,010.00
Top Contribution
Ytjt  RM2,000.00
First Contribution
Penyumbang  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

500.0

Lot Telah Terbeli

103

Penyumbang

1,798

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Azrina  RM1,010.00
Top Contribution
Ytjt  RM2,000.00
First Contribution
Penyumbang  RM10.00