Beban Yang Ditanggung Seorang Bapa


Beban Yang Ditanggung Seorang Bapa


MarhaenMY - Murni Binti Md Daud
Balok, Pahang
Published: Jan 29, 2023
100%
RM 5,000.00 RM 5,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
500.0
Lot Telah Terbeli
268
Penyumbang
2,997
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Sebelum ini suami Kak Murni bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah hotel berdekatan Cherating , namun kini terpaksa berhenti sejak 3 tahun lepas kerana ingin menjaga anaknya yang OKU dan juga menjaga isterinya yang mempunyai sakit darah tinggi yang agak kritikal dan penyakit radang sendi. Kini berjumpa dengan pakar di Hospital Kemaman . Keputusan ini dibuat dengan hati yang agak sukar , dia juga terpaksa bergantung sepenuhnya dengan simpanan sendiri dan juga dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) . Kini dia sepenuh masa menjaga isterinya yang berumur 58 tahun itu dan anak bongsunya yang berumur 21 tahun yang menhidap penyakit kaki gajah dan tidak dapat bergerak.

 

Sebelum ini, isteri beliau juga tidak bekerja dan tidak mempunya apa apa simpanan untuk menanggung diorang sekeluarga. Isterinya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak sejak tiga tahun yang lalu. Anak bongsu yang disahkan sebagai OKU sejak lahir lagi , namun sejak beberapa tahun lepas , dia disahkan menghidap penyakit ‘kaki gajah’ dan perlukan penjagaan rapi seperti seorang baby.

 

Ujian darah yang telah dilakukan oleh pihak hospital tidak dapat mengesan cacing (filaria) yang menjadi punca penyakit itu. Wang simpanan Ramli sendiri hanya bertahan untuk dua tahun termasuk untuk kos pembelajaran anak kelimanya yang berumur 23 tahun kini yang belajar di bidang kulinari. Dia juga ada menerima bantuan prihatin daripada pihak kerajaan negeri, namun semua duit itu , digunakan untuk perubatan anaknya yang sakit kaki gajah itu . Sekarang dia sepenuhnya bertahan dengan baki itu untuk kehidupan . Beliau ada juga memohon bantuan zakat dari Majlis Ugama Islam Pahang dan masih belum mendapat jawapan lagi setakat ini.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ainun  RM40.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

500.0

Lot Telah Terbeli

268

Penyumbang

2,997

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ainun  RM40.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00