Tidak Pernah Mengeluh Menjaga 3 Orang Anak Istimewa


Tidak Pernah Mengeluh Menjaga 3 Orang Anak Istimewa


MarhaenMY - Noraniza Binti Abdul Wahab
Setapak, Kuala Lumpur
Published: Feb 12, 2023
91.26%
RM 4,713.00 RM 5,000.00


43.7
Baki Lot Diperlukan
471.3
Lot Telah Terbeli
134
Penyumbang
2,184
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Saya Noraniza memerlukan kos tambang ulang alik ke hospital dan bantuan untuk membeli susu disebabkan saya tidak dapat mampu untuk bekerja kerana terpaksa ulang alik he hospital bagi menghadiri rawatan susulan untuk anak anak saya di Hospital Kuala Lumpur tambah pula saya merupakan seorang ibu tunggal kerana suami telah meninggalkan saya sejak 2020 bergantung tanpa tali. Saya merupakan seorang bekas pesakit Kanser Pangkal Rahim Tahap 1 yang disahkan 3 tahun lepas dan anak anak saya semuanya Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu Nur Ainul Mardhiah berumur 13 tahun , Ahmad Zikri Hakim berusia 9 tahun, dan Nur Anis Shahmina berusia 7 tahun, masing-masing didiagnos dengan OKU intelektual, fizikal dan autisme. Selepas sembuh daripada kanser itu , baru-baru ini saya diuji dengan masalah kemurungan atau dikenali sebagai Disruptive Mood Dysregulation Disorder (DMDD), sakit ini disahkan pada bulan November yang lalu. Anak-anak saya bersekolah di sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur di bawah Program Pendidikan Khas.

 

Kos yuran dan belanja persekolahan untuk seorang anak sahaja telah menelan kos lebih RM400 sebulan. Setiap bulan saya perlu bawa mereka ke Hospital Kuala Lumpur dari rumah saya yang terletak di Wangsa Maju dengan menaiki teksi. Lebih 18 kali appointment termasuk lain-lain kecemasan. Jadi, saya perlu keluarkan kos pengangkutan hampir RM800 dengan menaiki grab dan pengangkutan awam yang lain juga. Saya lebih selesa untuk menaiki grab kerana lebih selesa untuk bawa anak anak istimewa say aini. Doktor juga ada menyarankan untuk saya memberi susu khas iaitu pediasure Coklat, Pediasure Asli dan Susu Semital kepada anak kedua dan bongsu kerana mereka menghadapi masalah usus dan berat badan menurun manakala anak sulung saya sering diserang sawan. Kos susu khas RM2,000 bulanan. Anak kedua saya iaitu , Ahmad Zikri pernah didiagnos dengan penyakit jantung ketika berusia enam bulan dan pernah menjalani pembedahan usus ketika berumur 14 hari, selain menghidapi penyakit kronik lain seperti asma.

 

Untuk pendapatan keluarga , kami sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berikutan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Saya berharap agar mendapat sokongan dan bantuan daripada masyarakat kerana ada yang tuduh anak-anak saya pemegang kad OKU palsu. Kononnya saya ingin mendapatkan perhatian masyarakat. Membesarkan anak-anak OKU seorang diri dengan kos sara hidup yang semakin meningkat begitu mencabar. Rumah yang kami duduk sekarang merupakan rumah sewa , RM 750 sebulan . Kami sekeluarga ada menerima bantuan JKM sebanyak RM500 , baitulmal sebanyak RM800. Untuk anak anak , hanya dalam bantuan JKM RM500 untuk 3 orang .  

Read More


Recent Contribution
Ayu  RM3.00
Top Contribution
RM400.00
First Contribution
Annonymous  RM10.00

43.7

Baki Lot Diperlukan

471.3

Lot Telah Terbeli

134

Penyumbang

2,184

Pengunjung
Recent Contribution
Ayu  RM3.00
Top Contribution
RM400.00
First Contribution
Annonymous  RM10.00

Kempen Lain