Salam cik. Saya Rohayu. Saya mempunyai 3 orang anak. Anak pertama berumur 10 tahun perempuan OKU pelbagai. Anak pertama mempunyai masalah meganitis (jangkitan kuman dalam otak) yang menyebabkan anak saya lemah anggota kiri, kaki tagan lebih kecil dari kanan. Dia juga mempunyai masalah Dyslexia, pembelajaran lambat. Sekarang ni masih mempunyai follow up dengan pakar kanak2, pakar dental dan pakar fisioterapi. Anak kedua pulak berumur 3 tahun perempuan. Sebelum ni mempunyai masalah ketumbuhan di atas kening tapi setelah membuat operation anak kedua tidak mempunyai masalah lagi. Dan baru2 ni saya telah melahirkan anak secara caesar anak ketiga lelaki. Anak lelaki belum cukup sebulan lagi dan mempunyai masalah tiada lubang dubur. Hari pertama anak saya lahir telah ditransfer ke HSA untuk berjumpa pakar di sana dan hari kedua telah membuat operation bagi mengeluarkan usus di kawasan perut untuk salur najis sementara menunggu untuk operation kali kedua akan nanti doktor pakar akan update bila. Ni pun doktor tak sarankan kami beli beg stoma sebab terlalu mahal. 10 keping dalam RM200+ disebabkan saya seorang suri rumah tak berkerja jadi doktor kata baby boleh guna kapas bulat sebagai pampers najis.
Suami saya hanya bekerja sebagai seorang tukang masak dan hanya dia sahaja yang bekerja untuk keluarga kerana saya harus menjaga anak anak di rumah dan tidak dapat untuk bekerja membantu dia. Kadang-kadang keperluan asas kurang mencukupi sebab suami sekarang pun kerja jauh dari rumah. Gaji RM100 sehari. Kalau tak berkerja tak ada gaji. Tapi kami tak pernah tak makan tu tak ada cuma makan tak ada berlauk 2 dah biasa. Makan nasi dengan kicap pun kira ada makanan lagi, kami masih boleh makan. Kalau pergi hospital anak2 merengek2 juga nak makan nak bagi makan kat cafe hospital pun duit tak berapa nak ada sangat. Mampu belikan roti ke biskut dengan air je, tu pun kadang2 anak mengamuk tak cukup. Kenderaan yang kami ada hanyalah motor sahaja, saya hantar anak ke hospital untuk checkup menggunakan grab yang memerlukan kos yang tinggi lebih kurang dalam RM20 untuk pergi tetapi tidak menentu. Rumah yang kami duduk sekarang adalah rumah sewa , sebulan RM500 , itu tidak termasuk dengan bil2 yang lain. Sebelum ini saya ada terima bantuan barangan kering sahaja, manakala anak pula mendapat elaun JKM yang dibantu oleh sekolah. Dalam masa sebulan , saya kerap ke hospital juga untuk ulang alik checkup anak saya lebih kurang ¾ kali sebulan yang memerlukan RM20 setiap kali perjalanan saya sebab saya tinggal di Masai, Johor yang agak jauh dari hospital. Anak saya ada pergi ke sekolah pendidikan khas di SJKC Chien Chi Plentong. JKM untuk Alisha Balqis yang dia dapat RM150 sebulan je yang lain saya tak pernah dapat. Sekarang kami ada tunggakkan motor dengan bil api sahaja. Setiap bulan suami bayar RM184. Suami bayar sikit2 sebab motor pun hutang under kedai jadi tak ada kena tarik.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.