Adam terlibat dalam satu kemalangan ketika UPSR yang melibatkan tengkorak kepala pecah dan lumpuh anggota badan. Makan minumnya adalah menerusi tube yang ditebuk di perut. Adam perlu menjalani rawatan di Hospital Sungai Petani, Kedah untuk pemasangan PEG tube baru di perut pada 22/4 dan kos rawatan tidak dapat dipastikan kerana tiada surat hospital dikeluarkan lagi. Adam pernah menjalani rawatan menebuk tengkuk(trakea) untuk dimasukkan 2 tuib salur pernafasan. Setakat ini, Siti Maryam iaitu ibu kepada Adam sangat-sangat memerlukan wang untuk membeli berang keperluan adam seperti pampers dan susu kerana kos barang yang mahal. Adam mempunyai allergic dan mudah ruam di badan sekiranya menggunakan sesetengah barang seperti pampers atau susu yang tidak sesuai untuknya
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.