Saya Rokiah dan saya menghidapi penyakit cancer hidung, kencing manis dan darah tinggi. Sakit kencing manis dan darah tinggi dari tahun 2014. Kanser hidung sejak tahun 2022. Sebelum ini saya bekerja tapi sekarang berhenti di sebabkan penyakit saya. Saya berhenti kerja bulan 2 selepas pembedahan 11/2/23 haritu. Saya buat pembedahan kena bayar RM1500 dan saya pinjam duit saudara mara dulu. Saya kena buat pembedahan buang ketumbuhan di bawah mata dan hidung. Saya bekerja sebagai guard dan gaji RM1500. Saya bekerja ni tak ada simpanan sendiri. KWSP saya ada kena potong tapi tinggal RM1000 lebih sebab sebelum ni saya pernah keluarkan RM5000, yang selebihnya saya tak dapat nak keluarkan. Saya start bekerja lepas saya dan bekas suami bercerai pada tahun 2021. Sebelum kahwin dulu saya pernah bekerja tapi kerja kampung sahaja. Saya ada 3 orang adik beradik termasuk saya. Abang dah meninggal sebab cancer otak dan saya ada satu abang lagi. Saya pernah berkahwin tapi sudah bercerai. Saya ada 2 orang anak tapi anak2 saya semua ikut bekas suami. Anak2 pun susah kalau nak bantu sebab bekas suami pun tak sihat. Saya masih berhubung dengan anak tapi jarang sebab anak kedua jaga ayah mereka yang sakit. Yang sulung jarang sebab dia pun ada anak yang sakit. Saya duduk seorang diri dan menyewa rumah sebulan RM520. Sekarang saya sedang menerima rawatan di hospital Pulau Pinang. Kos rawatan saya agak tinggi dan saya baru membuat pembedahan mungkin selepas ini akan menjalani kimoterapi. Saya masih ada lagi rawatan susulan dan 1/3/2023 dan 15/3/2023 ni ada jumpa pakar. Saya naik grab setiap kali pergi hospital sebab tak ada kenderaan dan pergi balik RM50 kena bayar. Kalau jumpa pakar kena bayar RM5 kalau darah tinggi dan kencing manis RM1. Saya kena makan ubat setiap hari. Keperluan asas tu kadang kala tak mencukupi. Saya tak ada mohon mana2 bantuan lagi. Saya harap lihat tuan dan puan dapat membantu ringankan beban saya.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.