Ibu Tunggal Menguruskan Anak Sendirian Dan Masih Belajar


Ibu Tunggal Menguruskan Anak Sendirian Dan Masih Belajar


MarhaenMY - Nur Madinah Binti Abu Bakar
Changkat Jering, Perak
Published: Feb 27, 2023
38.48%
RM 962.00 RM 2,500.00


153.8
Baki Lot Diperlukan
96.2
Lot Telah Terbeli
41
Penyumbang
2,338
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
250 Lot Ditawarkan

Dukacitanya , saya seperti nama di atas ingin memohon bantuan kewangan daripada pihak tuan/puan . Untuk makluman tuan/puan , tujuan utama saya memohon bantuan kewangan adalah supaya dapat menampung kos perbelanjaan untuk anak saya yang berusia setahun lima bulan. Saya seorang ibu tunggal dan juga merupakan pelajar di kolej swasta (IIC Gombak) kursus pendidikan awal kanak-kanak sem 5 secara PJJ , secara jarak jauh dan berumur 21 tahun . Tapi sekarang saya cuba untuk mintak study leave untuk mental health dan anak saya . Saya baru sahaja bekerja sebagai part-timer di sebuah butik baju selepas berhenti dari tadika swasta disebabkan faktor masalah kesihatan dari segi mental , dan di butik tersebut mereka mengupah saya sebanyak RM50 sehari , tetapi jika diperlukan sahaja baru lah mereka akan panggil saya untuk bekerja . Dalam seminggu ada dalam 2 3 kali mereka akan panggil . Saya ada anxiety and panic attack, so it's hard for me to deal with kids yang terlalu ramai at the same time and tempat kerja tu jauh, balik lewat almost 7 sebab ada daycare . Selepas berhenti daripada tadika tu saya lompat ke sana sini kerja . Macam harini saya tak kerja saya tak ada cukup duit . Bila butik tak panggil kerja saya buat part time dekat cafe pulak sabtu ahad kena cari kerja lain juga . Bayaran cafe RM50 juga total weekend RM100 la duit pocket saya . Saya ada jumpa dengan doktor psikiatri dan sampai sekarang saya masih berjumpa dengan doktor . Saya pergi kilinik kerajaan dan setiap kali pergi kena bayar RM5 termasuk dengan ubat dan ubat makan ikut kata doktor sebab ubat terkawal . Saya kena makan ubat setiap hari .Kadang doctor bagi ubat cukup2 untuk 2 minggu , jadi after 2 weeks tu saya kena jumpa balik , kadang sebulan . Pada waktu malam pula , saya ada kelas dari 8pm sehingga 11pm . Saya tinggal bersama ibu dan bapa juga seorang adik lelaki yang masih bersekolah. Ibu bapa saya tiada pendapatan . Duit gaji saya memang saya bagi dengan ibu bapa dan kena tanggung anak saya lagi . Buat masa sekarang memang tak ada kerja yang stable dan sesuai untuk saya . Saya ada 7 adik beradik tapi hubungan kami memang tak elok . Abang kedua saya ada juga bagi duit dekat ibu dan ayah but for other necessities tak ada . Saya memang tak dapat bantuan lagi sebab saya kategori masih student lagi . Untuk barang2 anak dalam sebulan saya beli banyak2 terus susu dalam 6, 7 packets dan pampers tu selalu nya 1 pack besar tu dah cukup . Pastu saya kena bayar bill cuckoo je yang tertunggak sebab bulan lepas saya tak bayar RM132 termasuk bulan ni . Bill utilities yang lain saya dah bayar . Tu pun sebab banyak tertunggak , jadi beratus kena bayar . Kalau saya dapat bantuan untuk settlekan barang anak pun saya dah cukup bersyukur dah untuk bulan ni dan bulan depan . Insyaallah yang lain tu saya usaha sendiri , cuma sekarang ni kerja saya kejap ada kejap tak ada jadi duit saya tak tentu . Dengan bantuan ini , saya harap dapat membantu saya dalam menampung kos pembelanjaan saya dan keluarga sementara saya dapat tawaran kerja yang lebih stabil dari segi kewangan . Saya ingin berterima kasih jika ada yang sudi membantu saya .

Read More



Updates



Update 26 / 05 / 23

Hi. Sekarang saya baru dapat kerja dekat klinik gigi. Baru dalam sebulan.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Fahmi  RM60.00
Top Contribution
AA  RM150.00
First Contribution
Syuhada  RM10.00

153.8

Baki Lot Diperlukan

96.2

Lot Telah Terbeli

41

Penyumbang

2,338

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Fahmi  RM60.00
Top Contribution
AA  RM150.00
First Contribution
Syuhada  RM10.00

Kempen Lain