Assalmualaikum, saya Mohd Rizuan bin Osman. Saya dah berkahwin dan ada dua orang anak yang berusia 1 tahun 7 bulan dan perempuan berumur 5 tahun. Saya memohon bantuan di kempen ini disebabkan baru sahaja bekerja di security di supermarket. Gaji yang masuk mungkin masuk lambat mungkin 7/3 atau 10/3 sebab saya start kerja lambat, itu pun belum gaji penuh. Gaji saya di supermarket RM1300. Kami sekeluarga memerlukan sumber makanan sedikit untuk bekalan makanan anak saya sementara menunggu saya gaji. Isteri pernah bekerja dekat kedai makan tetapi dbuang kerja sebab membantu saya mencari pekerjaan di Sri Aman sebelum ini. Sekarang dia juga baru bekerja di tempat kedai makan baru sebagai ambil order dekat juga dengan tempat saya baru bekerja. Gaji RM35 sehari dan turun 7 pagi balik pukul 3 petang. Saya kerja setiap hari dan Rabu sahaja cuti. Anak saya lelaki ada asma dan bekalan untuk susu dia tiada, yang sulung pulak bersekolah. Kami memerlukan bantuan asas, tak banyak pun tak ada. Ada telur dan beras pun memandai untuk kami. Tapi anak2 saya perlukan susu dan pampers. Sebelum ni kami menetap di Kuching tapi disebabkan kilang besi tempat saya bekerja disana tutup saya balik rumah arwah mak di Sri Aman. Kami kena buang kerja sebab mereka tak dapat bayar gaji. Saya bekerja di kilang Stephen yong batu kawa Kuching. Keluarga yang lain tinggal di Kuching. Kilang baru lagi ditutup sebab kekurangan pekerja dan kurang penjualan besi. Kerja kilang ni gaji saya RM1000 sahaja. Memang tak ada simpanan lepas kilang ditutup. Saya kerja start 2018 bertahan sampai kilang tutup disitu dan tiada epf juga. Risiko juga besar dan socso juga tiada. Anak2 saya kalau kami kerja kami hantar ke pengasuh dan bayar RM600 sebulan. 30 hari x dengan RM40 satu hari. Seorang anak RM20 kalau dua orang RM40 satu hari. Saya tak ada mohon bantuan JKM/Zakat sebab tak layak.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.