Dua beranak menderita kanser


Dua beranak menderita kanser


MarhaenMY - Sabariah Bt Abas
Puchong, Selangor
Published: Mar 17, 2023
100%
RM 5,510.00 RM 5,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
551.0
Lot Telah Terbeli
200
Penyumbang
2,317
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
550 Lot Ditawarkan

Baru tahun lepas , Kak Sabariah yang berusia 46 tahun diuji dengan didiagnos menghidap kanser payudara tahap 3 pada bulan Mac 2022. Sebulan sebelum itu , dia dan ibunya iaitu Sariah Abdullah yang berusia 78 tahun ditimpah musibah yang amat besar, rumah yang mereka tinggal di Batu 13 Puchong Selangor ditenggelami banjir yang agak teruk pada bulan Februari 2022 itu dan mengakibatkan hampir kesemua peralatan di dalam rumah rosak. Rumah yang ditenggelami banjir dua kali, kereta dan motosikal rosak termasuk segala barangan dalam rumah. Kak Sabariah dan ibunya betul betul tinggal sehelai sepinggang dengan apa pun tidak dapat diselamatkan. Sebulan selepas banjir besar itu, mereka dua beranak menerima berita yang tidak diduga, Sabariah didiagnos dengan kanser payudara tahap tiga dan pakar perubatan mengesan sel kanser Tiroid dalam badan mak dia. Kesihatan Kak Sabariah yang tidak lagi seperti dulu membuatkan dia diberhentikan kerja sebagai Building executive Cum Admin di sebuah syarikat swasta di Bandar Kinrara. Mereka dua beranak menjalani rawatan susulan di Hospital Institut Kanser Negara (IKN) , dalam pada itu , Kak Sabariah terpaksa meminjam motorsikal kawannya untuk ulang alik ke IKN kerana dia tidak mampu mengganti motornya yang rosak akibat banjir tempoh hari sehinggalah mendapat sumbangan sebuah motosikal daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kini, saraf mata Kak Sabariah sedikit rosak sehingga penglihatannya agak kabur dan semua itu adalah kesan daripada dia mendapatkan rawatan kemoterapi yang agak kuat. Dia juga ada mendapatkan rawatan daripada pakar mata untuk saraf mata tersebut. Kini mereka dua beranak hanya bergantung dengan bantuan jiran dan sedang memohon bantuan dari zakat, untuk SOCSO pula , dia ada cuba memohon bantuan tetapi masih mendapatkan dokumen yang lengkap dari IKN untuk meneruskan permohonan. Kak Sabariah merupakan anak tunggal dan belum berkahwin. Dia ada cuba untuk mencari kerja yang lain tetapi masih tidak dapat , kerana ada tempat bila dengar sahaja dia merupakan pesakit kanser , dia ditolak untuk bekerja di situ. Untuk perbelanjaan , mereka perlukan RM700 setiap bulan , untuk kos ulang alik menaiki grab yang beranggar dalam RM20-RM30 ke IKN , untuk menampung kehidupan harian pula, lebih kurang RM600 diperlukan untuk membeli segala ubatan dan keperluan , mereka tidak perlukan bantuan untuk apa apa sewa rumah kerana rumah sendiri . Sebelum ini , mereka bergantung dengan simpanan Kak Sabariah sejak dia diberhentikan kerja , tetapi simpanan itu semakin habis dan dia pun masih tidak dapat untuk bekerja lagi buat masa sekarang . Pada ¼ tahun lepas , pihak majikan terus diam dan terminate Kak Sabariah dari kerja, masa dia menjalani rawatan kimoterapi juga , dia ada bertanyakan tentang kerja tetapi dia dibuang tanpa apa apa notis , hanya dengan alasan dia tidak dapat melakukan kerja macam biasa

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ih  RM130.00
Top Contribution
Ayamkambing  RM1,000.00
First Contribution
RM100.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

551.0

Lot Telah Terbeli

200

Penyumbang

2,317

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ih  RM130.00
Top Contribution
Ayamkambing  RM1,000.00
First Contribution
RM100.00