TABUNG BANTUAN PERUBATAN ADIK DREENA


TABUNG BANTUAN PERUBATAN ADIK DREENA


PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA (PEMAAF)
Kajang, Selangor
Published: Mar 23, 2023
3.54%
RM 1,771.00 RM 50,000.00


4,823.2
Baki Lot Diperlukan
177.1
Lot Telah Terbeli
79
Penyumbang
1,480
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
5000 Lot Ditawarkan

Mudah-mudahan, dengan sokongan, dan bantuan daripada penyumbang, Allah akan anugerahkan kesihatan yang terbaik untuk penyumbang sekeluarga dan generasi akan datang.

 

SUMBANGAN ANDA MUNGKIN MENYELAMATKAN NYAWA

 

Beberapa hari lepas, kami bertemu dengan Adik Dreena. Setiap patah kata yang diluahkan ibunya kepada kami membuatkan air mata kami menitis. Adik Dreena lahir ke dunia dalam keadaan normal sehinggalah adik Dreena mengalami demam panas. Penyakit ini menyebabkan adik Dreena mula terketar-ketar dan gegaran di bahagian kepala. 

Beberapa hari selepas itu, adik Dreena mengalami kesukaran untuk bernafas. Mesin oksigen terpaksa dihidupkan dan adik Dreena terpaksa ditahan. Pada hari ke-2, doktor mengesahkan bahawa adik Dreena menghidap penyakit sawan. Hancur luluh hati ibunya melihat keadaan adik Dreena berselirat dengan wayar dan tiub yang bersambung dengan mesin bantuan yang terus menghidupkan harapan. Air mata kami mulai bergenang, air mata yang kami tahan dari tadi mulai mengalir tanpa henti. Para penyumbang boleh bayangkan keadaan adik Dreena waktu tu?

Selama 15 hari adik Dreena berkampung di hospital dan kebanyakkan waktu mereka berada di wad dan memerlukan perhatian yang rapi dari doktor. Doktor memberitahu adik Dreena perlu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan seterusnya. Namun memikirkan kos yang perlu ditanggung, keluarga memilih untuk membawa pulang dan meminta doktor serta merayu untuk membenarkan adik Dreena di bawa pulang. Selepas dibenarkan pulang, ibunya mengigil tubuh, takut, sedih, kecewa, semua perasaan dan emosi negatif berlari-lari memenuhi segenap ruang hati.

Kos tahunan alat perubatan serta susu formula khas yang diminum adik Dreena mencecah ribuan ringgit dan memerlukan kos yang tinggi. Berbekalkan pendapatan RM1500 sebulan dengan bekerja di rumah, kos untuk menampung keperluan sewa rumah dan barang dapur serta perbelanjaan kos rawatan adik Dreena, ternyata ibu bapa adik Dreena tak mampu untuk menanggung kos perubatan ini bersendirian. Oleh itu, adik Dreena memerlukan sokongan dan bantuan jiwa-jiwa yang baik hati meringankan beban mereka sekeluarga. Jenis bantuan yang akan disampaikan terdiri daripada:

1. Ubat-ubatan

2. Alat bantuan kesihatan seperti alat saluran penafasan, tongkat dan kerusi roda

3. Kos pembedahan

4. Kos rawatan susulan ke hospital

 

Doktor memberitahu dengan lebih terperinci berkaitan adik Dreena dan memerlukan rawatan susulan, jadi kami terpaksa meminta untuk di bawa pulang dahulu dan akan meneruskan rawatan dengan kadar segera jika terpaksa.

“Kalaulah saya dapat gantikan tempat adik Dreena waktu tu, biarlah saya je yang sakit. Tengok anak sakit ni, hati kita macam dihiris-hiris. Lagi sakit daripada kita sendiri yang sakit.”

Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”

(HR Muslim)

 

Jom #BuatBaik!

Read More



Updates




Update 30 / 03 / 23

Mak Dreena hanya kerja mengasuh anak jiran. Selain tu mak dia ada buat bisnes online juga. Adik dreena ada guna susu tepung Dutchbaby (sebulan 2 peket harga 1 RM 23.00) dan pampers Petpet (RM 27.00). Jarak rumah ke hospital pulak 21km. Dreena merupakan anak tunggal. Tak ada dapat bantuan JKM / Zakat buat masa sekarang. Tapi 2 hari lepas ada terima sumbangan dari surau An nur RM 1,000. Ayah Dreena tak bekerja sekarang ada dalam penjara. Adik Dreena baru sakit sebelum ayahnya masuk penjara.

 

Update 19 / 05 / 23

Sekarang keadaan baby memang tak sihat sepenuhnya lagi sebab kan ada kerosakan saraf jadi dia sekarang minum pun tak pandai pakai botol, sebab dia tak pandai nak hisap dan dia minum pun susu khusus untuk perut dia sebab dia akan muntah tiap kali minum susu baby normal. Dia masih lagi gigil2 kepala dan badan tapi nampak dah kurang sikit. Dan suami saya masih lagi dalam tahanan reman penjara sudah 8 bulan. Dia minum susu frisolac AR untuk baby newborn. Sekarang dia 2 tahun tapi dia kena minum susu ni untuk perut dia sebab susu baby 2 tahun dia tak boleh minum. Dalam sebulan 6 bekas sebab 1 bekas tahan 5 hari je. Pergi hospital dalam sebulan sekali dua bergantung pada tahap kesihatan dia. Dari segi kewangan tak tetap. Kadang2 ada kadang2 tak ada sebab saya tak bekerja. Saya tak mengasuh anak jiran dah. Saya buat kerja online je buat dropship kalau ada ada, kalau tak ada tak ada. Tak boleh nak kerja luar sebab baby sakit jadi perlukan perhatian penuh. Kalau online pun boleh dapat dalam RM600 lebih tapi tak tentu. Ada video dia minum susu tapi tak hisap sebab saya bagi puting yang laju untuk susu terus keluar dan kena kawal sendiri supaya dia tak tersedak. Buat masa ni tak ada tunggakan ape2 lagi. Makan minum sewa kadang2 atas ehsan kawan2 dan family buat tambah2. Saya ada mohon zakat tapi masih dalam proses lagi.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Na  RM10.00
Top Contribution
Hamba  RM140.00
First Contribution
Afiqah  RM10.00

4,823.2

Baki Lot Diperlukan

177.1

Lot Telah Terbeli

79

Penyumbang

1,480

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Na  RM10.00
Top Contribution
Hamba  RM140.00
First Contribution
Afiqah  RM10.00