Sumbangan Al-Quran anda akan diagihkan kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih di perkampungan khususnya daerah pedalaman. Jom bantu kami!
Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) berhasrat mencari sumbangan Al-Quran sebanyak 1,000 naskah untuk disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim. Kami sudah menyaksikan ribuan anak-anak yang cintakan Al-Quran, membaca dan menghafalnya tetapi mushaf Al-Quran mereka lusuh, carik dan koyak. Allahuakbar, kami mencari penyumbang yang bermurah hati seperti anda untuk membantu mewakafkan Al-Quran untuk dihadiahkan kepada mereka. Sumbangan Al-Quran anda akan diagihkan kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih di perkampungan khususnya daerah pedalaman. Aktiviti edaran Al-Quran ini aktif dijalankan oleh para sukarelawan kami. Saudara dan saudari juga boleh turut serta menjadi tenaga sukarelawan kami dan sampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan
Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: نآرقلا al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, Al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Pada abad ini, sains teknologi di serata dunia mempunyai banyak pengaruh sama ada dari aspek positif dan negatif. Dari aspek positif mendapati bahawa dengan adanya sains teknologi kerja dan perbuatan manusia dapat dimudahkan. Walau bagaimanapun, dari aspek negatif, bahawa sains teknologi ini dapat mendatangkan masalah dari segi kekerasan, pergaulan bebas, hedonis dan perbuatan tidak bermoral lainnya yang merupakan bentuk nyata dari “manipulasi” konstruksi teori dan aplikasi sains teknologi yang bebas nilai. Antara cara mengatasi aspek negatif dalam sains teknologi ini adalah dengan merujuk, memahami dan mengikut kembali ajaran teks dalam Al-Quran dan hadis yang menjadi kesahihannya diyakini benar lagi sahih serta mendalami ilmu agama untuk mengetahui cara reformulasi tujuan sains teknologi dalam islam supaya melahirkan manusia yang ulul albab.
Sesungguhnya yang di dapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang ia lakukan setelah ia mati adalah:
1. Ilmu ia ajarkan dan sebarkan
2. Anak soleh yang ia tinggalkan
3. Mushah Al-Quran yang ia wariskan
4. Masjid yang ia bangunkan
5. Rumah bagi ibnu sabil yang ia bangunkan
6. Mengalirkan sungai
7. Sedekah jariah
Semua itu di kaitkan ia setelah ia meninggal dunia.
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.