Seorang ibu memohon bantuan orang ramai untuk anak lelakinya yang menderita akibat Diagnosis complex cyanotic heart disease dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Pulau Pinang. Dan juga perlu bergantung pada mesin bantuan pernafasan sejak lahir. Adik Rayyan mengalami saluran penafasan sempit, saluran darah dan paru- paru terbalik, injap jantung bocor, jantung berlubang (3lubang), jantung biru, bilik oksigen kecil, salah 1 bilik jantung tidak berfungsi, tekanan darah jantung tinggi, paru2 kronik (rosak kedua belah) dan delay development.
Adik Rayyan bergantung kepada mesin ini waktu tidur malam dan siang, selebihnya dia ada buka juga kalau nak main. Tetapi memang kena bergantung hidup dengan mesin ini sahaja. Keadaan adik Rayyan terkini masih bergantung pada mesin bantuan penafasan dan Adik Rayyan perlu makan ubat jantung setiap hari, pam ubat dan masih perlu minum susu khas dan memakai pampers meskipun umurnya sekarang 7 tahun. Doktor mengesahkan bahawa untuk panjangkan umur adik Rayyan, kena pakai mesin bantuan pernafasan dan oksigen ini sahaja. Mesin bantuan pernafasan adik Rayyan yang ada sekarang adalah daripada bantuan orang ramai.
Jika bateri mesin itu rosak mereka tidak mampu membeli bateri baharu berharga RM4,500 itu kerana mengalami kekangan kewangan memandangkan suaminya Mohd Yazid Lazim, hanya mebuat kerja kampung (menoreh/ambik upah mesin rumput/bersih masjid) dan mendapatannya hanya RM400 sebulan manakala Annur tidak bekerja kerana menjaga anaknya itu. Adik Rayyan mempunyai seorang adik berumur 4 tahun dan juga Annur kini sarat mengandung. Annur berkata suaminya perlu membelanjakan kira-kira RM1300 setiap bulan bagi keperluan seperti susu khas(pediasure vanilla 6 tin 1.8kg), pampers(4pek saiz L), nasal tubing(kanak2), syringe ubat pakai buang(1ml,3ml,10ml) dan refill tank oksigen dan kos berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Pulau Pinang bagi rawatan susulan lima hingga enam kali sebulan. Adik Rayyan pernah menjalani operation semasa umur 3 tahun di Institusi Jantung Negara dan selepas ini tiada lagi operation untuk adik Rayyan disebabkan risiko yang tinggi menyebabkan lumpuh atau kematian.
Katanya, mereka sekeluarga mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM350 sebulan manakala suaminya pula pemegang kad OKU dan mendapat RM350 kerana buta mata sebelah kiri akibat kemalangan sebelum mereka berkahwin lagi tapi semua tu digunakkan untuk membeli susu khas Rayyan yang setin berharga RM180 dan cuma tahan dalam masa seminggu sahaja.
Senarai bantuan yang diperlukan oleh Annur untuk anak lelakinya itu ialah susu khas(pediasure vanilla 6 tin 1.8kg), pampers(4pek saiz L), tank oksigen (2 tank sederhana), nasal tubing(kanak2), syringe ubat pakai buang(1ml,3ml,10ml) dan bantuan kewangan untuk ulang alik ke hospital.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.